• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 'Pasukan Hidung Audi' - Unit Khas untuk Hidu Bau Material Kereta

'Pasukan Hidung Audi' - Unit Khas untuk Hidu Bau Material Kereta

May 18, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

870
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADA orang suka bau kereta baharu, ada tidak suka sebab kata mereka, kereta baharu berbau pelik. Namun, pernahkah anda terfikir ada pekerjaan khas dalam industri automotif  yang kerjanya, hidu bau kereta!

Ini bukan cerita lawak, tetapi siapa pula yang tidak mahu dibayar hanya untuk menghidu bau keretakan? Mungkin aneh tetapi pekerjaan seperti itu memang ada.

Audi adalah pengeluar yang menawarkan pekerjaan menghidu bau kereta yang mana staf di bawah 'jabatan hidu' bertanggungjawab memastikan kereta baharu jenama itu bebas daripada bau-bauan kurang menyenangkan.

Dinamakan 'Pasukan Hidung Audi' (Audi Nose Team), jabatan itu sebenarnya sudah wujud sejak 30 tahun lalu, dan ditubuhkan untuk memastikan material dan unsur kimia dalam pembangunan kereta baharu mengeluarkan bau neutral.  Jika material kulit berbau ikan atau karpet berbau bawang, Audi pasti akan menolak material tersebut.

Heiko Lussmann-Geiger
Sampel material yang perlu diuji 'Pasukan Hidung'

Sejak awal 2000, pasukan seramai lima orang itu diketuai pakar kimia Audi, Heiko Lussmann-Geiger di Pusat Kualiti Bavarian Audi. Setiap bau yang diuji akan dinilai dengan skor antara 1 dan 6, iaitu daripada tiada bau hingga amat berbau.

Bahan seperti kaca, seramik dan keluli kebiasaannya dinilai sebagai tidak berbau kerana menjadi komponen utama, manakala material lain akan dinilai pada skor kurang empat supaya lulus ujian bau Audi.

BACA >>> AddArmor APR Audi RS7 - Inilah Sedan Perisai Paling Laju di Dunia, Sepantas 325kmj!

Malah, apabila sesebuah kereta disiapkan, 'Pasukan Hidung' sekali lagi akan muncul untuk menghidu kereta tersebut. Ini kerana material yang dikirimkan kepada pasukan tersebut, atau ketika proses pemasangan kemungkinan boleh muncul bau-bauan tidak diingini.

Jika anda ke Audi dan ternampak ada kakitangan yang sedang mencium karpet atau stereng, itu bukanlah tabiat buruk, tetapi mereka sedang bekerja. 😅

BACA >>> Lamborghini Miura SV (1974) Keluarga Diraja Arab Saudi Kini di UK, Bernilai RM13.8 Juta
BACA >>> AddArmor APR Audi RS7 - Inilah Sedan Perisai Paling Laju di Dunia, Sepantas 325kmj!

I don’t know who needs this, but… here’s some pictures of the Audi Nose Team hard at work. pic.twitter.com/zyiIjMHJN0

— Audi (@Audi) May 12, 2020

Related

870
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Audi, Audi Nose Team, Auto Terkini, autoterkini, Heiko Lussmann-Geiger, logo Audi, Pasukan Hidung Audi, punca kereta berbau

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev