TIDAK mahu ketinggalan dengan pesaing seangkatan, Suzuki turut menampilkan model minibike, Extrigger. Lebih menarik, jentera itu sudah pun dipatenkan di Amerika Syarikat, China dan Eropah. Malah, Suzuki bertindak berani memperkenalkan enjin bukan konvensional seperti lawannya, sebaliknya menggunakan janakuasa motor elektrik.
Berikut info ringkas Suzuki Extrigger:
- Extrigger melakukan debut pada Tokyo Motor Show 2013 sebagai model konsep.
- Rekaan ditampilkan pada gambar hampir menyamai model konsep dipamerkan menerusi elemen rangka, lengan ayun (swingarm) dan lampu depan.
- Bike mini ini menggunakan motor skuter Suzuki eLets dengan mencatatkan jarak perjalanan sejauh 32km bagi sekali pengecajan penuh dan kelajuan maksimum 32kmj.
- Berat jentera 62kg, manakala casis diperbuat daripada aluminium.
- Ukuran rim 12 inci dengan brek cakera di depan dan belakang.
Leave a Reply