KAWASAKI Motor Indonesia (KMI) memuat naik klip video terbaharu mengenai modifikasi Ninja ZX-25R. Dua video dimuat naik KMI sebelum ini adalah ubah suai peg kaki Sniper dan menukar sistem ekzos asal kepada Yoshimura Hepta Force TSS.
Video ketiga ini berjudul Kawasaki Ninja ZX-25R Modification Stage 3 : A-Tech Carbon, dengan durasi 1 minit 35 saat. Kelihatan dua mekanik memasang set fairing penuh daripada gentian karbon pada sportbike 250cc 4-silinder itu.
BACA >>> #Videotomotif: Kawasaki Dedah Tutorial Modifikasi Tahap Satu Ninja ZX-25R
BACA >>> #Videotomotif: Kawasaki Dedah Tutorial Modifikasi Tahap Dua Ninja ZX-25R
Operasi bermula dengan membuka kowl bawah, panel tepi, fairing depan dan mencabut keseluruhan ekor belakang, sekali gus mendedahkan frem Ninja ZX-25R kepada umum buat kali pertama.
Kemudian, ekor belakang , juga daripada gentian karbon, dipasangkan semula dan disusuli konsol instrumen meter, fairing depan, panel tepi sebelum kowl bawah enjin. Video terbaharu ini mendapat jumlah lebih 184,000 tontona sejak semalam.
Set fairing gentian karbon yang dipasangkan itu diyakini unit lumba dengan rekaan tanpa set lampu utama dan belakang. Tiada maklumat mengenai kadar penjimatan berat menerusi penggunaan kit penuh gentian karbon A-Tech.
Leave a Reply