TRIUMPH dan Aprilia menjadi pengeluar motosikal terbaharu yang mengumumkan kempen panggil balik beberapa model motosikal disebabkan masalah pad brek Brembo, tidak lama selepas Ducati melakukan pengumuman sama.
Kedua-dua pengeluar membuat laporan panggil balik kepada Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) mengenai kegagalan brek pad Brembo. Komponen itu dikatakan berisiko tertanggal daripada plat brek, terutama jika berada dalam persekitaran mengakis.
BACA >>> Masalah Pad Brek Tertanggal, Ducati 1299 Superleggera Dipanggil Balik
Triumph akan memanggil balik 3,691 unit model itu di Amerika Syarikat (AS) yang dipercayai mengalami masalah pad brek Brembo depan melibatkan:
- Speed Triple RS (2018-2019)
- Speed Triple S (2019-2020)
- Street Triple RS (2018-2020)
- Tiger 1200 Alpine (2020)
- Tiger 1200 Desert (2020)
- Tiger 1200 XCA (2018-2020)
- Tiger 1200 XCX (2018-2020)
- Tiger 1200 XR (2018-2019)
- Tiger 1200 XRT (2018-2019)
- Tiger 1200 XRX (2018-2019)
- XRX (LRH) (2018-2019)
Aprilia pula, kempen panggil balik ini membabitkan barisan produk V4 iaitu siri Tuono V4 dan sportbike RSV4. Ada 3,287 unit V4 yang dijual Aprilia di AS dipercayai terlibat dalam kempen ini. Ini turut termasuk:
- RSV4 RF (2017-2018)
- RSV4 RR (2017-2020)
- Tuono RF (2017-2020)
- Tuono RR (2017-2020)
Triumph dan Aprilia (melalui Giaggio) akan menghubungi pemilik motosikal terjejas dan kerja-kerja baik pulih menggantikan pad brek depan akan dijalankan di cawangan pengedar secara percuma. Aprilia akan melancarkan kempen baik pulih pada 22 Mei ini, manakala Triumph belum mengumumka tarikh permulaan kempen mereka.
SUMBER: NHTSA | NHTSA 2 | AsphaltAndRubber | Aprilia
Leave a Reply