• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Aprilia GPR 150 ABS dengan Seragam Lebih Sporty Lancar di China, Harga RM14k

Aprilia GPR 150 ABS dengan Seragam Lebih Sporty Lancar di China, Harga RM14k

May 5, 2020 By Aryon Leave a Comment

3.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SPORTBIKE aras mula Aprilia GPR150 ABS versi terbaharu dilancarkan secara rasmi di China dengan menampilkan rekabentuk lebih segar dan sistem brek dinaik taraf.

Rekabentuk model keluaran pengeluar dari China, Zongshen ini tidak banyak berbeza dengan generasi terdahulu dengan rekaan lampu utama kembar, fairing, visor angin, ekor, kluster instrumen dan rim masih sama.

BACA >>> Aprilia Lancar Sportbike 150cc Baharu?
BACA >>> #Spyshot: Aprilia Terra 250 Akan Lancar di China

aprilia-gpr150-abs-china-2
aprilia-gpr150-abs-china-5

Lampu depan disepadukan dengan lampu siang (DRL) LED di tengah, dan didatangkan dengan bar hendal clip-on, tetapan pelana terpisah dan posisi tunggangan agresif. Kluster semi-digital memuatkan takometer analog dan paparan digital untuk indikator gear, odometer, suhu enjin, spidometer dan paras minyak.

Kapasiti tangki mampu mengisi 15.4 liter petrol. Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang, manakala sistem brek menggunakan cakera 300mm (depan) dan  cakera 218mm (belakang) berserta Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Bosch sebagai ciri standard.

BACA >>> Suzuki Taiwan Kemas Kini Warna GSX-R150 (2020), Termasuk Seragam Ecstar MotoGP

Set tayar bersaiz 100/80 R17 di depan dan 130/70 R17 di belakang. Berat kerb model ini ialah 148kg. Trenkuasa dijana enjin silinder tunggal 149cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 16hp @ 9,720rpm dan tork 14Nm @ 7,500rpm serta dipadankan transmisi klac manual 6-kelajuan.

Namun perubahan jelas dapat dikesan ialah penampilan seragam badan yang kali ini terpampang nama penuh sportbike itu  pada panel fairing. Generasi sebelum ini hanya tertera huruf 'a' sahaja pada fairing, tetapi kini jelas tertulis perkataan 'Aprilia' besar pada sebahagian besar tangki minyak panel fairing sisi.

Di bawah pula ada tulisan 'Zongshen' yang menunjukkan model itu adalah hasil kolaborasi antara Aprilia dan pengeluar China itu. Secara keseluruhan, penampilan terbaharu jentera 150cc ini memang nampak lebih sporty.

Cuma mungkin ada yang tidak gemar dengan perkataan 'Zongshen' dan 'GPR150' yang menunjukkan 'ke-China-an'. GPR150 ABS dijual pada harga 22,980 yuan (RM14,045) dalam empat pilihan warna: merah,hitam, perak dan putih.

BACA >>> Lexmoto LXR 380 - Sportbike China Harga Bajet Sedia Cabar Motor Jepun di Eropah

GALERI
aprilia-gpr150-abs-china-4
aprilia-gpr150-abs-china-1
aprilia-gpr150-abs-china-2
aprilia-gpr150-abs-china-3
aprilia-gpr150-abs-china-5
aprilia-gpr150-abs-china-6
aprilia-gpr150-abs-china-7
aprilia-gpr150-abs-china-8
aprilia-gpr150-abs-china-9
aprilia-gpr150-abs-china-10
aprilia-gpr150-abs-china-11
aprilia-gpr150-abs-china-12
aprilia-gpr150-abs-china-13
aprilia-gpr150-abs-china-14

Related

3.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Aprilia GPR150 ABS (2020), roda2, sportbike, sportbike 150cc, Zongshen

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev