PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan sempena Hari Buruh 2020 hari ini membenarkan majoriti sektor ekonomi dan perniagaan dalam negara untuk beroperasi semula bermula 4 Mei ini (Isnin) dengan melakukan beberapa peraturan prosedur operasi standard (SOP) ketat.
Keputusan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tersebut dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Mesyuarat Jemaah Menteri, termasuk mendapat nasihat Kementerian Kesihatan berdasarkan data dikumpul dan amalan terbaik ditentukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Cuma peniagaan dan aktiviti melibatkan perhimpunan ramai dan sentuhan badan tidak dibenarkan kerana sukar melakukan penjarakan sosial seperti: pawagam, pusat karaoke, pusat refleksologi, pusat hiburan, kelab malam, taman tema, bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, karnival jualan dan semua bentuk persidangan dan pameran.
BACA >>> PM: Tak Boleh Rentas Negeri Balik Raya Tahun Ini!
BACA >>> FAQ BNM: Apakah Fakta Penting Moratorium yang Perlu Anda Tahu?
BACA >>> Covid-19: Thailand Pun Longgar Sekatan Pergerakan, Kedai Gunting Rambut Boleh Buka
SENARAI SEKTOR EKONOMI, PERNIAGAAN YANG BOLEH OPERASI 4 MEI INI
Berikut beberapa sektor ekonomi dan perniagaan yang dibenarkan Kerajaan untuk beroperasi bermula 4 Mei (Isnin) ini sepanjang PKPB dengan melakukan SOP kesihatan dan keselamatan ditetapkan:
1. SEKTOR MAKANAN
i. Perniagaan Berpremis
- Restoran
- Medan selera/pusat penjaja
- Gerai makan tepi jalan (berbumbung)/kiosk
ii. Perniagaan/Penjajaan Tanpa Premis
- Trak makanan (food truck)
- Penjaja beredar
- Penjaja tepi jalan (sementara)
iii. Pasar Bangunan
- Pasar awam berbumbung
- Pasar borong (Kuala Lumpur sahaja)
iv. Pasar Tanpa Premis
- Pasar segar terkawal
v. Peruncitan/Serbaneka Makanan dan Minuman
- Pasar raya mini
- Kedai runcit
- Kedai serbaneka
2. SEKTOR SUKAN DAN REKREASI
i. Sukan Prestasi Tinggi
- Latihan pasukan kebangsaan
- Latihan peringkat negeri
ii. Sukan Massa
- Aktiviti sukan secara individu
- Sukan kecergasan dan rekreasi
- e-Sukan (e-Sport)
- Sukan bermotor
- Riadah dan kecergasan ringan
iii. Operasi dan Pentadbiran Organisasi Berkaitan Sukan
- Sewaan kemudahan/fasiliti (terhad)
- Baik pulih, naik taraf dan penyelenggaraan fasiliti
iv. Penganjuran Acara Sukan
3. SEKTOR PENGANGKUTAN
i. Bahagian Udara
- Perkhidmatan penerbangan berjadual penumpang dan kargo bagi laluan domestik dan antarabangsa
- Perkhidmatan penerbangan awam dan operasi perniagaan jet peribadi
- Perkhidmatan lapangan terbang
- Perkhidmatan pengendalian darat
- Perkhidmatan kawalan trafik udara
- Perkhidmatan sekolah penerbangan/kolej penerbangan/latihan penerbangan (sama seperti sektor pengajian tinggi)
ii. Bahagian Maritim
- Operasi Pelabuhan
- Perkhidmatan berjadual feri penumpang
iii. Bahagian Awam Darat
- Operasi perkhidmatan teksi dan e-hailing
- Menjalankan perkhidmatan mengambil penumpang
- Operasi perkhidmatan rel penumpang
- KTMB (ETS, Antara Bandar dan Komuter) Prasarana / Rapidrail (MRT, LRT & Monorel)
- ERL (KLIA Ekspress & KLIA Transit)
- Aktiviti perniagaan dan fasiliti awam di stesen
iv. Bahagian Logistik
- Perkhidmatan freight forwarder dan ejen kastam
- Operasi lori hauliers
- Operasi rel barangan
- Operasi shipping line dan Non Vessel Operating Common Carrier (NVOCC)
- Operasi kargo udara
- Aktiviti penstoran (pergudangan, offdock)
- Operasi Inland Container Depot
- Operasi servis sampingan kepada pengangkutan melalui darat, air atau udara (tunda,bengkel,bekalan tayar, dan lain-lain)
- Operasi kurier/e-hailing (penghantaran barangan melalui kenderaan persendirian dan perdagangan)
4. SEKTOR PEMBUATAN
Semua sektor pembuatan.
5. SEKTOR PERKHIDMATAN IKHTISAS & PROFESIONAL
Semua perkhidmatan ikhtisas dan profesional yang menjadi rantaian kepada ekonomi.
6. SEKTOR SOSIAL
Pengurusan Aktiviti Rukun Tetangga (KRT) dan Pengurusan Skim Rondaan Sukarela (SRS).
7. SEKTOR PERUNCITAN
- Kompleks beli-belah
- Pasaraya/pasar raya besar
- Departmental store
- Farmasi/penjagaan diri
- Butik/kedai pakaian
- Kedai serbaneka/pasar mini
- Dobi ( termasuk layan diri)
- Kedai pakaian dan aksesori fesyen
- Restoran
- Kedai perabot
- Kedai emas
- Kedai elektrik dan elektronik
- Kedai buku dan alat tulis
- Kedai perkakasan (hardware)
- Makanan haiwan
- Bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti
- Kedai cermin mata dan alat optik
- Stesen minyak
8. SEKTOR PELBAGAI
- Kemudahan penginapan berpusat pekerja (CLQ)/hostel/asrama pekerja di sektor pembuatan dan lain-lain sektor.
- Pemasangan dan penyenggaraan jentera (lif, eskalator, dan lain-lain) bagi sektor perkhidmatan.
- Pemasangan dan penyelenggaraan kren menara (tower crane) di tapak pembinaan.
9. SEKTOR MINYAK & GAS
- Penerokaan
- Pembangunan
- Pengeluaran
- Pemprosesan gas
- Pencairan
- Penapisan minyak
- Petrokimia
10. SEKTOR AKTIVITI AR-RAHNU KOPERASI
Semua sektor.
BACA >>> Iklan Motosikal [Siri 1]: Evolusi 100 Tahun Seni Poster yang Unik dan Artistik
BACA >>> Proton Kongsi 3 Tip Jaga Kebersihan Kereta Elak Covid-19
BACA >>> Apa Syarat Keluar Berdua PKP Fasa Keempat Ini?
shahreal says
Salam sejahtera admin.
Saya ada perniagaan dalam sektot perabot (saya memiliki kedai perabot). Saya ingin bertanya, perluka saya meminta kebenaran dari MITI untuk beroperasi pada 4 Mei ini?
Mohon pencerahan dari Admin pandulaju.
Sekian.
Abang GYL says
Boleh beroperasi tanpa minta kebenaran
Shara says
Salam sejahtera..sector kedai cuci kereta boleh buka ke
mohan says
hi..
saya perniagaan sayur-sayuran di pasar malam.. lepas 4 mei..saya boleh berniaga ke ?
kayrool says
salam admin...
kedai-kedai yang menjual dan membaik pulih
handset juga dibenarkan beroperasi atau tidak sewaktu pkpb nie? mohon pencerahan sebab takde di sebut pun lagi pun senang nak hantar
handset yang rosak pergi baiki.
terima kasih
Abang GYL says
Boleh
Clement Kubin says
Salam sejahtera...saya Dalam sektor pembinaan (membina rumah persendirian Dan ubah Suai rumah) perlukah saya memohon kelulusan Dari pihak miti untuk beroperasi 4hb mei ini.Mohon penjelasan..terima kasih admin pandulaju.
Abang GYL says
Untuk pembinaan, perlu dapat kelulusan dan juga kelulusan PBT
Jaya says
Tolong berikan jawapan secepat mungkin .....kami ingin tahu perniagaan cuci kereta dibenarkan buka pada 4/5/20 kalau tidak bila tarikh kemungkinana boleh dibuka ....atau terpaksa minta kebenaran dari majlis bandaraya ...sekian terima kasih
Shah says
Salam admin, bagi saya Perkhidmatan pembaikan aircond dan electrik bagaimana ya? Rumah dan bagunan.. Tolong bagi pecerahan admin.
Nor Azmi bin Mohd Salleh says
Saya mempunyai kedai Gunting Rambut boleh ke beroperasi 4 Mei
Abang GYL says
Tidak
moon says
hi admin,nak tnya..klu kedai mcm jual bju ,kasut dan sbgainya dibuka tak?
hafid bin musa says
Assalam,saya nak tanya kedai gunting rambut boleh buka pada 4 mei.
Abang GYL says
Tidak
Asrizan says
Carwash macam mana? Boleh ke?
Sumandip Kaur says
Saya memiliki kedai pakaian baju.boleh saya beroperasi
Amirah says
Salam..kalau under laundry service perlu minta kebenaran miti ke utk dibuka pada 4 mei.?
Nadia says
Assalamualaikum saya nak tanya carwash ni sektor apa ? Dan boleh ka beroperasi sehingga 1pagi ? Rasa mcm melebihi waktu pkp yg ditetapkan
norsalawati saad says
Maaf, sya ingin bertanya, adakah MITI akan mengeluar dan meluluskan sekirnya ingin membuka semula Kelas/Studio Aerobik.
AO says
Sebarang studio, gim atau kelas berkaitan senaman, zumba, aerobik masih tidak dibenarkan
Raptor says
CYBER CAFE DAN PUSAT SNOOKER BOLEH BUKA X MASA PKPB NI