• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Covid-19: Thailand Pun Longgar Sekatan Pergerakan, Kedai Gunting Rambut Boleh Buka

Covid-19: Thailand Pun Longgar Sekatan Pergerakan, Kedai Gunting Rambut Boleh Buka

May 1, 2020 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


SEBENARNYA bukan Malaysia saja yang melonggarkan sekatan pergerakan, negara jiran Thailand pun bakal melakukan hal sama.

Bangkok dilaporkan akan membuka semula enam jenis perniagaan dan tempat di seluruh negara bermula Ahad ini (3 Mei) berserta garis panduan bagi mengelak gelombang kedua Covid-19 selepas situasi jangkitan seluruh negara menunjukkan penurunan.

Enam jenis perniagaan dan tempat itu ialah:

  • Pasar
  • Tempat makan (luar bangunan pusat beli-belah)
  • Perniagaan borong dan kedai
  • Taman dan kemudahan sukan luar (bukan untuk sukan berpasukan)
  • Kedai gunting rambut (dihad untuk khidmat gunting, cuci dan mengeringkan rambut) dan salun
  • Hotel haiwan peliharaan
thailand-covid19-1
thailand-covid19-2

Bagaimanapun, pusat beli-belah, panggung wayang dan teater, gim dan spa, tempat sukan luar termasuk stadium tinju kekal ditutup bagi mengelakkan perhimpunan yang ramai.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Thaweesilp Wissanuyothin berkata, garis panduan untuk membuka semula perniagaan dan tempat akan diselaraskan seluruh negara dan gabenor wilayah boleh mengenakan tindakan tegas jika perlu.

Kerajaan juga akan menilai semula hasil kelonggaran pergerakan selepas 14 hari nanti. Jika bertambah baik, akan ada lebih banyak lagi perniagaan dan aktiviti diberikan kelonggaran. Bagaimanapun, jika jumlah kes baharu bertambah, keputusan akan diubah.

Thailand menyambung perintah darurat hingga 31 Mei. Antara peraturan dikuatkuasakan adalah:

  • Menghentikan kemasukan penumpang penerbangan antarabangsa
  • Perintah berkurung jam 10 malam hingga 4 pagi
  • Pengharaman jualan alkohol
  • Mengelakkan perjalanan antara wilayah dan perhimpunan besar

Semalam, Thailand melaporkan tujuh kes baharu Covid-19 dan sifar kematian, menjadikan jumlah keseluruhan 2,954 kes dan jumlah kematian kekal 54 orang. Ini juga hari keempat berturut-turut jumlah kes baharu cuma satu digit. Daripada 2,954 kes kumulatif, 2,687 dibenarkan pulang dari hospital.

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Covid-19, Darurat Thailand, Sekatan Pergerakan, Thailand, Thaweesilp Wissanuyothin, Wabak, wabak covid-19

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev