• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jualan Motosikal Vietnam Suku Pertama 2020 Merosot 3.7 Peratus

Jualan Motosikal Vietnam Suku Pertama 2020 Merosot 3.7 Peratus

April 30, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

74
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PASARAN motosikal Vietnam memulakan 2020 dengan penurunan jualan suku pertama sebanyak 3.7 peratus iaitu 737,133 unit. Krisis wabak Covid-19 yang menyebabkan Hanoi menguatkuasakan sekatan pergerakan seluruh negara adalah punca utama yang banyak memberi impak ke atas ekonomi negara tersebut.

Industri motosikal Vietnam adalah keempat terbesar dunia dengan jualan 3 juta unit setahun, didahului lima jenama utama iaitu Honda, Yamaha, Suzuki, SYM dan Piaggio yang menguasai 97 peratus pegangan pasaran. Walaupun mencatatkan pertumbuhan stabil sepanjang empat tahun terakhir, tetapi permulaan pasaran 2019 agak rendah.

Data Menteri Pengangkutan melaporkan permulaan 2019 didapati negatif dengan jualan suku pertama 757,140 unit, merosot 6.2 peratus. Pada suku kedua, meningkat sedikit dan separuh pertama berakhir dengan 1,491,332 unit, turun 5.3 peratus.

honda-winner-x-launch-7
honda-winner-x-launch-1

Keseluruhan jualan motosikal 2019 ialah 3,271,000 unit, iaitu penurunan 3.7 peratus berbanding tahun terdahulu. Walaupun separuh pertama lemah, pendahulu pasaran, Honda berjaya menjual 2.57 juta unit motosikal, meningkat 0.2 peratus.

BACA >>> Honda Vietnam Lancar Varian Baharu Winner X Sport ABS, Harga RM9.1k

yamaha-exciter-vietnam-20th-anniversary-1
yamaha-exciter-vietnam-20th-anniversary-7

Pesaing rapat, Yamaha pula merosot 19.7 peratus walaupun melancarkan dua model baharu. Di tangga ketiga, SYM merekodkan pertumbuhan 5.2 peratus, diikuti Piaggio (-0.2 peratus) dan Suzuki (-1.1 peratus). Bagi jenama import, Benelli paling menyerlah, manakala jenama baharu yang juga pengeluar tempatan, Vinfast mencatatkan jualan 1,000 unit menerusi skuter elektrik Klara.

BACA >>> Mahu Lawan Suzuki Satria Indonesia, Honda Vietnam Perkenal & Sonic Ferrari

SUMBER: MotorcyclesData

Related

74
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Honda Vietnam, jualan, Jualan Honda Naik, Vietnam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev