• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / PANDU UJI: Volkswagen Vento 1.2 TSI Lebih Awesome!!!

PANDU UJI: Volkswagen Vento 1.2 TSI Lebih Awesome!!!

June 16, 2016 By Abang GYL 5 Comments

117
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Volkswagen Vento SAYA pernah gelarkan Volkswagen Polo Sedan sebagai jelmaan Proton Saga sebelum ini. Pandangan saya, buat apa perlu bayar mahal tapi rekaan luaran nampak macam Proton Saga. Itu pandangan peribadi saya dulu ketika memandu uji Polo Sedan.

Namun persepsi saya mula berubah apabila berpeluang pandu uji Volkswagen Vento bagi menggantikan Volkswagen Polo Sedan.

Kali ini, bukan saja dijual pada harga mampu milik, malah Volkswagen Vento baharu turut dipadankan dengan enjin lebih berkuasa. Ya, Vento kini didatangan dengan enjin turbo!

Volkswagen Vento Dengan harga jualan RM93,888 (tidak termasuk insurans), kini saya rasa Vento lebih baloi dimiliki. Untuk makluman, Volkswagen Vento hadir dalam tiga varian iaitu Highline, Comfortline dan Trendline.

Bagi Vento Comfortline dan Trendline, ia masih mengekalkan enjin sedia ada seperti model Polo Sedan.  Kedua-dua varian ini dijana unit enjit bersesaran 1.6L dan dibantu dengan transmisi automatik 6-kelajuan Tiptronic.

Volkswagen Vento KUASA TURBO:

Sekiranya mahukan hamburan kuasa lebih tinggi tetapi menjimatkan minyak, anda kini boleh mendapatkan Vento Highline yang dikuasakan unit enjin TSI bersama pengecas turbo dan pancitan bahan api.

Dari aspek prestasi, Vento Highline dipadankan dengan ‘jantung’ bersesaran 1.2L TSI. Hasil bantuan kotak gear DSG 7-kelajuan, ia mampu menghamburkan kuasa sebanyak 103hp dan tork 175Nm. Penggunaan bahan api hanya mencatatkan 5.5L bagi setiap 100km.

Volkswagen Vento
Volkswagen Vento
Volkswagen Vento
Volkswagen Vento

REKAAN:

Melihat keseluruhan tubuh badan, Vento tampak hampir sama seperti Polo Sedan tetapi terdapat beberapa penambahbaikan untuk memastikan ia menarik. Ia hadir bersama gril krom, garis sisi bergaya dan digabungkan dengan postur yang mantap.

Bahagian roda pula dipasangkan dengan rim aloi Syenit bersaiz 16 inci bersama lampu belakang rekaan baharu dan rekabentuk lampu kabus baharu.

Volkswagen Vento PENGALAMAN PEMANDUAN:

Ramai bertanya, kenapa perlu pilih enjin turbo dan tidak untuk 1.6L MPI sedangkan janaan kuasa sama. Ya, kuasa bagi kedua-dua enjin ini adalah sama tetapi tork bagi Vento Highline 1.2L TSI adalah lebih tinggi iaitu 175Nm dan mampu diraih seawal 1,750rpm.

Berbanding enjin 1.6L MPI yang hanya memiliki 153Nm pada 3,800rpm, Vento Highline dengan kuasa turbo lebih lancar. Dari segi pecutan, sudah pasti Vento Highline memiliki kelebihan selain enjin berasa lebih lancar.

Volkswagen Vento
Volkswagen Vento

Malahan, Vento dengan kuasa turbo juga tidak perlu bekerja keras seperti mana pada enjin 1.6L MPI. Untuk mendapatkan kelajuan sekitar 190 hingga 200kmj bukan menjadi penghalang buat Vento Highline 1.2L TSI.

Selain itu, pujian juga harus diberikan pada Volkswagen Vento apabila ia menawarkan tahap pengendalian lebih baik. Perjalanan ke Pulau Pinang dan seterusnya 'bermain selekoh' di Balik Pulau nyata memberi kelebihan buat Vento.

Biarpun memandu dalam kelajuan 90kmj di kawasan selekoh, kestabilan Vento jelas terasa. Ruangan roda juga bekerja dengan baik apabila memberikan cengkaman baik.

Volkswagen Vento VENTO PALING SELAMAT:

Tahap pengendalian Vento turut diuji apabila saya bersama rakan media lain berpeluang beraksi di kawasan parkir Stadium Batu Kawan.

Untuk makluman, pihak penganjur turut menyediakan pesaing Vento yang terdiri daripada Nissan Almera, Honda City dan Toyota Vios. Di sini, kami diberi peluang untuk melakukan ujian Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC).

Daripada keempat-empat pesaing segmen B disediakan, saya dapat merasakan Volkswagen Vento dan Honda City adalah yang terbaik.

Volkswagen Vento Bercerita aspek keselamatan, tahukah anda Vento Highline diiktiraf 5-bintang daripada ASEAN NCAP? Ya, Vento Highline didatangkan dengan ciri keselamatan Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), empat beg udara (hadapan dan sisi), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), ISOFIX dan Intelligent Crash Response System (ICRS).

Lebih penting, kehadiran Volkswagen Vento ternyata berjaya mengubah persepsi saya. Ia kini bukan lagi sebuah model yang buruk dan tidak berkuasa, tetapi ia adalah antara kenderaan terbaik dalam kategori segmen B.

Tak percaya? Saya syorkan anda pandu uji Volkswagen Vento di mana-mana pusat pameran Volkswagen berdekatan. Saya yakin anda akan mempunyai pandangan sama seperti saya.

Volkswagen Vento
Volkswagen Vento
Volkswagen Vento
Volkswagen Vento
Volkswagen Vento
Volkswagen Vento
Volkswagen Vento
Volkswagen Vento
Volkswagen Vento
Volkswagen Vento
Volkswagen Vento
Volkswagen Vento
Volkswagen Vento
Volkswagen Vento
Volkswagen Vento
Volkswagen Vento
Volkswagen Vento
Volkswagen Vento
Volkswagen Vento
Volkswagen Vento
Volkswagen Vento
Volkswagen Vento
Volkswagen Vento
Volkswagen Vento
Volkswagen Vento
Volkswagen Vento
Volkswagen Vento
Volkswagen Vento
Volkswagen Vento
Volkswagen Vento
Volkswagen Vento
Volkswagen Vento
Volkswagen Vento
Volkswagen Vento
Volkswagen Vento

Related

117
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Pandu Uji Tagged With: Pandu Uji Volkswagen Vento, Polo Sedan, Test Drive, Vento, Volkswagen, Volkswagen Group Malaysia, Volkswagen Vento

Comments

  1. Imi says

    June 29, 2016 at 9:12 AM

    Tp knp die x cntik hahahaah

    Reply
  2. Goh says

    December 13, 2017 at 2:48 PM

    Kalau Polo hatchback hadir dengan enjin TSI ni.. aduh2!

    Reply
  3. Lyana says

    February 5, 2018 at 4:38 PM

    "Untuk makluman, pihak penganjur turut menyediakan pesaing Vento yang terdiri daripada Nissan Almera, Honda City dan Toyota Vios. Di sini, kami diberi peluang untuk melakukan ujian Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC).

    Daripada keempat-empat pesaing segmen B disediakan, saya dapat merasakan Volkswagen Vento dan Honda City adalah yang terbaik."

    Memang la..Tengok je la body macam mana. Nak banding Almera yang terhenjut2 tekan brek bila di selekoh tajam. Hangin dibuatnya...

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev