• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PKP: Tak Sampai 24 Jam, Sabah Benarkan Semula Keluar Berdua

PKP: Tak Sampai 24 Jam, Sabah Benarkan Semula Keluar Berdua

April 30, 2020 By Han Othman Leave a Comment

125
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIDAK sampai 24 jam, Kerajaan Sabah hari ini memutuskan membenarkan pergerakan dua orang dalam satu kenderaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Keempat ini selaras peraturan baharu diumumkan Kerajaan Persekutuan, semalam.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Pusat Arahan Covid-19 Sabah selepas memperincikan keputusan diumumkan Kerajaan Persekutuan, semalam.

“Selaras dengan Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (No. 4) 2020, seseorang itu adalah dibenarkan untuk ditemani oleh seorang lagi untuk keluar bagi mendapatkan dan membeli barangan keperluan seperti makanan, perubatan dan apa-apa keperluan, dengan syarat orang yang menemani itu hendaklah yang tinggal serumah,” katanya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebelum ini mengeluarkan kenyataan yang Sabah tidak bersetuju dengan keputusan Kerajaan membenarkan dua orang dalam satu kenderaan.

BACA >>> Apa Syarat Keluar Berdua PKP Fasa Keempat Ini?
BACA >>> #ApaNakBuat: Kereta Jarang Pandu Sepanjang PKP, Isi Minyak Penuh, atau Biarkan Saja?

SUMBER: Bernama

Related

125
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Safar Untong, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Fasa Keempat, Sabah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev