• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Videotomotif: Bos Kawasaki Indonesia Dedah Bunyi Ekzos Lumba Ninja ZX-25R

#Videotomotif: Bos Kawasaki Indonesia Dedah Bunyi Ekzos Lumba Ninja ZX-25R

April 30, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEPERTI mana kita tahu, Kawasaki Ninja ZX-25R tidak jadi dilancarkan di Indonesia berikutan krisis wabak Covid-19 yang memaksa acara pelancaran sportbike suku liter 4-silinder itu dibatalkan. Model itu tentunya kini sedang disimpan rapi di kemudahan PT Kawasaki Motor Indonesia.

Video terbaharu portal TMCBlog bersama Timbalan Ketua Jualan dan Promosi PT Kawasaki Motor Indonesia (KMI), Michael Candra Tanadhi berjaya mendedahkan penangan ledakan ekzos lumba sportike itu yang sekian lama dinantikan.

BACA >>> #Videomotif: Kawasaki Indonesia Dedah Bunyi Ekzos Lumba Kawasaki Ninja ZX-25R

Video di atas (durasi 21:52 minit) itu bercerita tentang kesediaan KMI melabur dalam segmen baharu tersebut hingga kepada komponen yang ditawarkan model berkenaan. Lebih menarik, Michael sempat menayangkan seimbas lalu ZX-25R yang berada atas ruang dyno.

Sportbike itu dikatakan menggunakan ekzos lumba aftermarket, dan pada minit 16:25, Michael menyelak tirai untuk menunjukkan pandangan belakang ZX-25R. Malah, Michael turut memperdengarkan deruman ekzos lumba model tersebut (minit 16:50-17:14).

BACA >>> 25 Foto Kawasaki Ninja ZX-25R Versi Lumba dengan Kemasan Karbon 'Black Diamond'

Lontaran deruman ekzos kedengaran begitu padat seperti mana bunyi khas jentera 4-silinder walaupun terotel belum dipulas habis. Bunyinya juga berbeza dengan versi video yang didedahkan KMI pada Disember tahun lalu.

KMI kini difahamkan sudah siap sedia dengan ZX-25R untuk dilancarkan sebaik saja krisis Covid-19 pulih.

BACA >>> #Videotomotif: Kawasaki Dedah Tutorial Modifikasi Tahap Satu Ninja ZX-25R

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: bunyi ekzos, Kawasaki, Kawasaki ZX-25R, Kawasaki ZX-25R Versi Lumba, Michael Candra Tanadhi, roda2, sportbike 250cc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my