• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mitsubishi Triton Catat Pertumbuhan Positif Tahun Kewangan 2019

Mitsubishi Triton Catat Pertumbuhan Positif Tahun Kewangan 2019

April 30, 2020 By Han Othman Leave a Comment

147
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MITSUBISHI Motor Malaysia (MMM) mengumumkan Triton sebagai satu-satunya jenama dalam segmen trak pikap yang mencapai pertumbuhan positif 0.9 peratus, dengan jualan 5,762 unit untuk tahun kewangan 2019 (April 2019-April 2020) berbanding tempoh sama tahun lalu.

Bagaimanapun, jualan keseluruhan segmen trak pikap merosot 21 peratus sepanjang tempoh masa sama. Daripada Januari hingga Mac 2020, Triton secara konsisten mengekalkan perkongsian pasaran sebanyak 22 peratus atau lebih untuk tiga bulan berturut-turut.

Perkongsian pasaran keseluruhan Triton untuk tahun kewangan 2019 ditutup pada 17 peratus berbanding sasaran MMM, iaitu 16 peratus.

BACa >>> #PanduUji: 7 Sebab Kenapa Mitsubishi Triton Antara Trak Pikap Terbaik di Pasaran!

Lagi perkembangan positif mengenai tahun kewangan 2019, Triton double cab berada di kedudukan pertama dalam segmen trak pikap di tiga negeri, iaitu Melaka, Pulau Pinang dan Kedah.

Kami gembira dengan kehadiran Mitsubishi Triton di Malaysia yang kekal kuat. Sepanjang tahun, Triton diiktiraf sebagai trak pikap yang lebih menjimatkan, pengendalian terbaik, dan paling murah untuk disenggara dari segi perkhidmatan selepas jualan.

"Kami lega Triton double cab mendapat kepercayaan dan minat pembeli Malaysia dan menjadi pilihan kegemaran di beberapa negeri. Kami yakin Triton akan terus memacu momentum kami di Malaysia."

- TOMOYUKI SHINNISHI, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MMM

Menurutnya, sektor automotif kini di bawah tekanan berikutan kemelut penularan Covid-19, tetapi sangat perlu untuk syarikat kekal positif menerusi perancangan pertumbuhan perniagaan apabila situasi semakin bertambah baik.

"Pasukan kami  sedang berusaha untuk melaksanakan langkah penjagaan tambahan pasca Covid-19 bagi memastikan premis jualan dan pusat servis menjadi tempat selamat untuk pelanggan datang membeli-belah dan melakukan penyengaraan kereta mereka dengan tenang," katanya.

Related

147
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: 4x4, Auto Terkini, Mitsubishi, MITSUBISHI Motor Malaysia (MMM), Mitsubishi Triton, Mitsubishi Triton Double Cab, MMM, Roda4, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev