• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

April 29, 2020 By Aryon 2 Comments

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WALAUPUN krisis wabak Covid-19 masih belum reda sepenuhnya, itu tidak menghalang Yamaha melancarkan BOLT (2020) untuk pasaran antarabangsa pada harga 979,000 yen (RM39,960) untuk varian Standard dan 1,025,200 yen (RM41,850) untuk R.

Ditawarkan dalam dua varian

BOLT (2020) ialah model cruiser yang dibina berasaskan frem sangga-ganda (double-cradle) dengan tangki minyak air mata (tear drop) berkapasiti 13 liter. Rekabentuk badan tampil minimal dengan fender belakang pendek dan panel sisi kecil. Motosikal ini menawarkan posisi tunggangan tipikal sebuah cruiser dengan bar hendal menegak dan peg kaki ke depan.

Yamaha Bolt Standard
Yamaha Bolt R

Ada dua varian ditawarkan, Standard dan R yang dapat dibezakan secara visual. Varian Standard didatangkan dengan rim jejari dan panel bezel krom pada lampu utama dan lampu belakang. Varian R pula dipasangkan rim aloi dan komponen dengan kemasan hitam.

BOLT (2020) didatangkan dalam tiga pilihan warna, Black Metallic X (hitam) untuk Standard, dan Dark Purplish Blue Metallic U (biru gelap) untuk R, manakala skema warna putih dan grafik merah dikhaskan untuk edisi spesial Sport Heritage.

yamaha-bolt-2020-16
yamaha-bolt-2020-17
yamaha-bolt-2020-18

Lampu utama masih mentol halogen, tetapi dipadankan lampu siang (DRL) LED. Begitu juga lampu signal belok, masih kekal menggunakan mentol biasa. Bagaimanapun lampu belakang menggunakan unit LED penuh. Kluster instrumen pula menampilkan gaya cruiser retro menerusi panel meter tunggal dengan paparan LCD digital penuh.

Saiz rim 19 inci untuk roda depan dan 16 inci di belakang bagi semua varian, manakala tugas suspensi diserahkan kepada fork teleskopik di depan dan dwi-absorber di belakang yang dibantu brek cakera jenis petal 298mm untuk kedua-dua roda. Tidak dilupakan juga Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran sebagai ciri keselamatan tambahan.

Akhirnya, trenkuasa BOLT (2020) dijana enjin 4-lejang 4-injap dwi-silinder 942cc V-Twin SOHC penyejukan udara dengan suntikan bahan api berkuasa 53hp @ 5,500rpm dan tork 80Nm @ 3,000rpm, serta dipadankan transmisi klac manual 5-kelajuan.

BACA >>> BMW R 18 (2021) Lancar, Cruiser Klasik Moden dengan Prestasi Buas

GALERI
yamaha-bolt-2020-1
Yamaha Bolt R
Yamaha Bolt R
yamaha-bolt-2020-3
yamaha-bolt-2020-4
yamaha-bolt-2020-5
Yamaha Bolt Standard
Yamaha Bolt Standard
yamaha-bolt-2020-7
yamaha-bolt-2020-8
yamaha-bolt-2020-9
yamaha-bolt-2020-10
yamaha-bolt-2020-11
yamaha-bolt-2020-12
yamaha-bolt-2020-13
yamaha-bolt-2020-14
yamaha-bolt-2020-15
yamaha-bolt-2020-16
yamaha-bolt-2020-17
yamaha-bolt-2020-18
yamaha-bolt-2020-19
yamaha-bolt-2020-20

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: cruiser, roda2, Yamaha, Yamaha Bolt (2020)

Comments

  1. Amry Isa says

    December 25, 2020 at 12:59 PM

    Where can i get this bike here in Malaysia.

    Reply
  2. Hamzah Hashim says

    June 2, 2025 at 9:29 AM

    Where can I buy a Yamaha Bolt 250?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev