ISU mengenai Honda CBR250RR ke Malaysia sudah lama kami siarkan sejak 2017 dan status sportbike suku liter itu ibarat main tarik tali.
Ramai peminat mengaku kecewa dan sakit hati kerana hanya mampu melihat negara jiran membawa masuk model tersebut. Selain jangkaan harga jualan yang agak keras, kami juga difahamkan antara punca utama CBR250RR tidak dibawa masuk adalah kerana tidak patuh Euro4.
Jadi memang payahlah Boon Siew Honda (BSH) selaku wakil pengedar rasmi motosikal Honda di Malaysia mahu membawa masuk model itu ke negara ini.
BACA >>> Honda CBR250RR Masuk Malaysia Tahun Depan - Harga Dijangka Lebih RM30,000
Kini ada khabar baharu kami terima selepas menonton video dari portal rakan media, Mekanika berjudul '7 Motosikal Bakal Masuk Malaysia Tahun 2020' yang meletakkan CBR250RR di kedudukan ketiga.
Persoalannya, sejauh manakah kesahihan video tersebut atau sekadar spekulasi?
Memandangkan kita sudah terlalu lama menunggu, memang ada potensi CBR250RR dibawa masuk. Namun, jika mengambil kira pe'el BSH, segalanya masih 50:50. Namun, berdasarkan sembang-sembang dengan wakil jualan motosikal Honda, model itu khabarnya diramalkan tiba pada penghujung tahun ini.
Ada kalangan wakil jualan bercerita tentang kedatangan model itu dan maklumat dikongsikan itu mungkin boleh dipercayai. Seperti mana kita tahu, wakil jualan biasanya akan tahu lebih awal sebelum sesebuah produk itu dilancarkan. Ini kerana mereka akan menjadi wakil pertama yang dipanggil untuk menghadiri program pembentangan khas mengendai produk baharu tersebut.
Bagaimanapun, setakat ini, kami masih belum nampak sebarang imej intip model itu sedang ditunggang uji di Malaysia. Jika benar model itu memasuki pasaran tempatan hujung tahun ini, adakah ia model facelift dengan tambahan kuasa 3hp?
Model facelift itu dilaporkan akan dilancarkan Julai depan dan jika BSH benar-benar membawa masuk model itu, ia memang berita gembira buat peminat Honda.
BACA >>> Honda CBR250RR (2020) Lancar Pertengahan Julai, Tambah 3hp
mat ras says
Asyik nk bwak laju, x kira tmpat... kes kemalangan maut melibatkan motosikal berkuasa tggi... Antara penyebab motosikal x dibenarkan msuk pasaran malaysia..
Jan says
ada betul jgk apa yg sedara kata tu. nak laju pun kena tengok keadaan.
bercakap pasal cbr250rr ni, saya rasa kalau masuk harga 30k keatas, baik tunggu zx25r yg 4 silinder tu. itu pun rasa kurang berbaloi sebab dgn harga 30k boleh dapat motor dalam 400cc- 650cc dah.
Apis says
Boon siew nak bawa masuk cbk tu buat kajian dulu tak..... winner x bawa la masuk .....kajian dr tahun ni x cukup lagi ke nak bawa masuk model tu.....
Abgmus says
Kat indonesia dah lama masuk.. malaysia selalu ketinglan.harga pula terlalu mahal..