• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ingkar PKP: Timbalan Menteri Kesihatan, Exco Perak Kena Denda RM1,000

Ingkar PKP: Timbalan Menteri Kesihatan, Exco Perak Kena Denda RM1,000

April 28, 2020 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


TIMBALAN Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Exco Kerajaan Negeri Perak Razman Zakaria dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Gerik hari ini atas tuduhan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dua minggu lalu.

Dr Noor Azmi, yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai, dan Razman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak tiba serentak jam 9.20 pagi.

BACA >>> Covid-19: Polis Tahan Lelaki Ingkar PKP Sedang Luah Masalah Cinta

DR NOOR AZMI
RAZMAN ZAKARIA

Kedua-dua mereka dan beberapa individu lain akan didakwa kerana melanggar Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang sedang berkuat kuasa mulai 15 April hingga 28 April.

Hakim menjatuhkan hukuman denda RM1,000 ke atas kedua-dua tertuduh yang mengaku bersalah.

Pada 18 April lalu, tular di media sosial gambar Dr Noor Azmi, Razman dan beberapa individu menghadiri satu jamuan di Maahad Tahfiz Quran Lid Dakwah Wal Imamah di Lenggong.

Kawalan di sekitar mahkamah diperketat dengan kehadiran polis selain media yang mula tiba seawal jam 7 pagi bagi membuat liputan prosiding kes Dr Noor Azmi dan Razman.

BACA >>> Lelaki Kena Cekup Ingkar PKP Sedang Cari Pil Kuda

SUMBER: Bernama
KREDIT FOTO: TheStarOnline

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, Ingkar PKP, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Razman Zakaria

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my