• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Suzuki Bakal Perkenal Skuter Elektrik Mampu Milik, Gambarajah Paten Didedahkan

Suzuki Bakal Perkenal Skuter Elektrik Mampu Milik, Gambarajah Paten Didedahkan

April 27, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

149
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI dipercayai sedang membangunkan model skuter elektrik mampu milik berdasarkan dokumen paten yang difailkan baru-baru ini. Menurut laporan BikeSocial, skuter elektrik itu, yang dijana satu unit pek bateri, disasarkan untuk penunggang bandar.

Sebenarnya, cerita mengenai Suzuki merancang mencipta skuter elektrik sudah bertiup kencang sejak tahun lalu.

Berdasarkan gambarajah paten ditunjukkan, skuter elektrik tersebut menggunakan rekabentuk frem keluli bulat dan bersegi empat bagi mengurangkan kos pembinaan. Ruang berbentuk segiempat bawah pelana dipercayai digunakan sebagai tempat letak pek bateri, dan mudah ditanggalkan untuk proses mengecas.

BACA >>> Suzuki Taiwan Kemas Kini Warna GSX-R150 (2020), Termasuk Seragam Ecstar MotoGP

Unit motor berfungsi menggerakkan roda belakang yang dibantu sistem pacuan tali sawat. Kotak kawalan komponen elektronik pula ditempatkan di lantai kaki, manakala sistem suspensi menggunakan fork telekospik di depan dan absober koil di belakang.

Skuter elektrik itu kemungkinan besar dipasangkan di India dan dijual di sana memandangkan negara itu adalah antara pasaran motosikal terbesar dunia. Dikhabarkan akan mula dihasilkan lewat tahun ini, Suzuki perlu memastikan harga skuter tersebut benar-benar mampu milik jika mahu menjadikan model itu sebagai produk laris.

BACA >>> KTM Akan Lancar Skuter Elektrik dengan Rekabentuk Ekstrem di India

SUMBER: BikeSocial

Related

149
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Paten Skuter EV Suzuki, roda2, skuter, Skuter Elektrik Mampu Miliki, skuter Suzuki, Suzuki

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev