• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Menteri: Pelajar IPT Zon Hijau Akan Mula Balik Rumah Esok

Menteri: Pelajar IPT Zon Hijau Akan Mula Balik Rumah Esok

April 26, 2020 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


PELAJAR Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS), Politeknik serta Kolej Komuniti dalam zon hijau bakal memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman masing-masing secara berperingkat mulai esok (Isnin).

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, pergerakan tersebut tidak termasuk pelajar yang berada dalam zon merah dan kuning, atau pulang ke kampung halaman yang berada dalam zon sama.

Pelajar yang berada dalam zon hijau sahaja yang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing yang juga terletak dalam zon hijau.

“Persiapan rapi sedang dilakukan bagi menghantar para pelajar dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara dan Polis Diraja Malaysia," katanya.

Menurutnya, Kementerian Pengajian Tinggi menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk membawa pelajar dari pusat pelepasan di IPT yang dikenal pasti ke destinasi masing-masing. Setiap perkhidmatan pengangkutan akan diiringi seorang pegawai perhubungan yang ada senarai lengkap pelajar.

Selain itu, saringan gejala (suhu badan, sakit tekak, batuk, selesema dan sesak nafas) akan dijalankan KKM dan Pusat Kesihatan Universiti sebelum pergerakan pelajar.

"Pelajar diingatkan untuk sentiasa menjaga penjarakan sosial, memakai penutup hidung dan mulut di sepanjang perjalanan serta mengamalkan kebersihan dengan memakai sanitasi tangan," katanya.

Sebarang pertanyaan menenai garis panduan kepada ibu bapa dan pelajar boleh menghubungi hotline Bilik Gerakan KPT yang beroperasi 24 jam di talian 03-8870 6777/6949/6628/6623/6124.

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Bilik Gerakan KPT, Datuk Dr Noraini Ahmad, Institut Pengajian Tinggi (IPT), IPTA, IPTS, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pengajian Tinggi, Kolej Komuniti, Menteri Pengajian Tinggi, Pelajar, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Politeknik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev