• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pakar: Malaysia Belum Bersedia Tarik Balik PKP

Pakar: Malaysia Belum Bersedia Tarik Balik PKP

April 26, 2020 By Han Othman 1 Comment

11.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MALAYSIA belum bersedia menarik balik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam tempoh terdekat atas beberapa faktor kurang memuaskan dan perlu ditangani, kata Pakar Perunding Kanan Pediatrik, Datuk Dr Amar Singh HSS.

Mantan Ketua Jabatan Pediatrik di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Perak itu, berkata, berdasarkan enam kriteria digariskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang membolehkan PKP ditarik balik, Malaysia masih kekurangan dari segi ujian saringan, kapasiti pegawai kesihatan, pengesanan kontak dan paling ketara pemikiran masyarakat.

Amar Singh berkata;

Saya berpendapat perkara ini masih belum masuk ke dalam minda dan prinsip masyarakat awam mengenai langkah pencegahan. Saya percaya tidak boleh hanya 50 atau 70 peratus orang bertanggungjawab.

"Untuk mencegah penularan wabak ini, dalam prinsip WHO, hampir semua masyarakat perlu ikut dan sama-sama bertanggungjawab dan saya berpendapat bahawa ini masih belum masuk ke dalam fikiran masyarakat kita.”

Beliau berkata demikian dalam sesi webinar anjuran Pusat Sains Media (SMC) Malaysia dengan kerjasama Gabungan Kesihatan Malaysia (MHC), semalam yang turut disertai Perunding Psikologi Klinikal dari Universiti Cyberjaya, Prof Madya Dr Zubaidah Jamil Osman dan Pakar Komunikasi Sains yang juga Pengasas Bersama SMC Malaysia, Dr Mahaletchumy Arujanan.

dr-zubaidah-jamil-osman
dr-mahaletchumy-arujanan

Amar Singh berkata, 33 kes positif jangkitan Covid-19 dalam kalangan pesakit Influenza (ILI) dan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) dalam tempoh dua minggu lalu menunjukkan jangkitan virus masih berlaku dalam komuniti.

Apa yang kita tidak faham sampai sekarang adalah walaupun dikawal, masih ada jangkitan dalam komuniti, bermaksud virus itu masih merebak dari satu orang kepada individu lain dalam komuniti.

“Sekiranya kita tidak berhati-hati wabak ini akan kembali dan mungkin gelombang kedua dan ketiga akan lebih besar,” katanya.

Pada sesi berkenaan, beliau turut berkongsi garis panduan diterbitkan Majlis Kebangsaan Intervensi Awal Kanak-Kanak (NECIC), iaitu melatih guru dan ibu bapa tentang langkah pencegahan selain mengawal pergerakan murid dalam kelas dan juga kawasan sekolah.

Saya tidak dapat membayangkan 40 murid sekolah duduk dalam kelas bersama satu cikgu. Saya rasa itu sangat bahaya. Budak-budak itu mungkin tidak meninggal dunia atau sakit teruk tetapi mereka akan membawa penyakit itu kepada ibu bapa dan juga datuk serta nenek mereka,” katanya.

BERSEDIA MENTAL, PENJARAKAN SOSIAL

Sementara itu, Dr Zubaidah menyarankan orang ramai bersedia secara mental untuk menerima kebiasaan baharu pasca PKP seperti mengamalkan penjarakan sosial dan duduk di rumah.

Beliau berkata, amalan penjarakan sosial adalah kebiasaan baharu pasca PKP. Apa yang penting adalah jarak fizikal bukan sosial dengan menyarankan masyarakat supaya sentiasa berhubung dengan keluarga, kawan-kawan dan ahli komuniti melalui media sosial dan teknologi.

Related

11.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Covid-19, Datuk Dr Amar Singh HSS, Dr Mahaletchumy Arujanan, Majlis Kebangsaan Intervensi Awal Kanak-Kanak (NECIC), Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Prof Madya Dr Zubaidah Jamil Osman, Pusat Sains Media (SMC) Malaysia

Comments

  1. Property Malaysia says

    April 30, 2020 at 9:43 AM

    Kerjasama antara kerajaan dan semua masyarakat amat diperlukan dalam membanteras virus ini. Kerjasama dari netizen juga diperlukan dengan menggunakan media sosial dalam menyampai serta mempengaruhi pemikiran masyarakat supaya bersama-sama kerajaan membendungnya

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev