• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Vietnam Lancar Varian Baharu Winner X Sport ABS, Harga RM9.1k

Honda Vietnam Lancar Varian Baharu Winner X Sport ABS, Harga RM9.1k

April 25, 2020 By Brader Shawn 1 Comment

9.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Vietnam baru-baru ini menambah siri super moped Winner X dengan memperkenalkan satu varian baharu, Sport ABS, berharga 48.99 juta dong (RM9,120).

Winner X Sport ABS ini menampilkan seragam dan warna baharu yang lebih maskulin berbanding varian lain dalam barisan produk 150cc Honda. Selain hitam dan kelabu sebagai warna badan,  aksen merah juga digunakan pada bar genggam belakang dan panel kepala. Bahagian fairing sisi tertulis grafik 'Sport' hitam besar, manakala grafik 'Sport' di depan berwarna merah.

Winner X Sport ABS masih mengekalkan trenkuasa sama, iaitu enjin silinder tunggal 150cc DOHC dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI berkuasa 15.4hp @ 9,000rpm dan tork 13.5Nm @ 6,500rpm. Kotak gear pula menggunakan klac manual 6-kelajuan.

BACA >>> Jawapan BSH: Kenapa Honda Winner X Tak Masuk Malaysia?

honda-winner-x-sport-abs-2020-vietnam-1
Honda WinnerX Sport ABS Vietnam 1
Honda WinnerX Sport ABS Vietnam 2
Honda WinnerX Sport ABS Vietnam 3

Pada 13 Julai 2019, Honda Vietnam secara rasmi memperkenalkan Winner 150 serba baharu dengan nama Winner X, dan sepanjang tempoh lapan bulan (16 Julai 2019 hingga penghujung Mac 2020), model kapcai itu mencatatkan jualan lebih 114,000 unit.

Sebelum ini, Honda Vietnam mengambil masa tiga tahun untuk mencatatkan jualan lebih 277,000 unit Winner 150. Malah, Winner X kini menjadi kapcai segmen sport paling laris di Vietnam.

Seperti namanya, Winner X Sport ABS siap dipasangkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) pada roda depan membabitkan empat komponen utama, iaitu sensor, pengawal, pam hidraulik dan injap pelaras daya brek. Semua komponen tersebut membantu brek depan berfungsi efektif dan menstabilkan motosikal (tanpa mengunci tayar) atas pelbagai permukaan jalan.

Winner X Sports ABS akan mula dijual bermula 8 Mei ini yang dipakejkan bersama waranti tiga tahun atau jarak perbatuan 30,000km (mana satu tiba dulu).

BACA >>> Vietnam Lancar Honda Winner X (RS150R) dengan Ciri ABS, Harga Bermula RM8.2k

SUMBER: MotoSaigon | Pertamax7

Related

9.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda Vietnam, Honda Winner X Sport ABS, Kapcai, roda2, Supermoped, underbone

Comments

  1. Syzmeezanhjhj says

    May 9, 2020 at 2:51 AM

    Tolong winner x sport masuk malaysia

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev