• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha Tricity 155 (2020) Lancar di Jepun, Harga RM19.6k

Yamaha Tricity 155 (2020) Lancar di Jepun, Harga RM19.6k

April 23, 2020 By Aryon Leave a Comment

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Motor mengemas kini portfolio produk di Jepun menerusi pelancaran Tricity 155 (2020). Skuter tiga roda itu, yang pernah ditayangkan pada Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019, kini dilancarkan untuk pasaran negara tersebut pada harga 484,000 yen (RM19,600) dan akan mula dijual pada 15 Mei nanti.

BACA >>> Yamaha Niken Menang 'Best of the Best' dalam Anugerah Red Dot 2019!

Rekabentuk Tricity 155 (2020) menggunakan dua roda di depan dan satu roda di belakang yang disokong teknologi Leaning Multi Wheel (LMW) untuk memberikan kestabilan tunggangan. Gaya agresif skuter ini dilengkapkan bersama ciri LED pada lampu utama, lampu posisi dan lampu belakang, manakala kluster instrumen jenis digital penuh dengan indikator Eco dan paparan maklumat tunggangan seperti spidometer, jam dan suhu luaran.

Skuter ini juga menawarkan ruang simpanan bawah pelana seluas 23.5 liter dengan pencahayaan LED dan soket 12V. Ciri lain Tricity 155 (2020) ialah brek parkir di bawah suis gear sebelah kiri.

Tinggi pelana 765mm membuatkan skuter ini mudah dikendalikan kebanyakan penunggang. Walaupun pelana nampak nipis, tetapi Yamaha mendakwa kusyen yang digunakan cukup untuk memberikan keselesaan buat penunggang.

BACA >>> Yamaha Niken: 7 Fakta Tentang Teknologi LMW, Tempahan Jepun Dibuka

Ada tiga warna ditawarkan: Blueish Gray (biru-kelabu), Matt Gray (kelabu) dan White Metallic (putih).

Aspek mekanikal dipacu enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 155cc SOHC penyejukan cecair dengan suntikan bahan api dan teknologi VVA yang mampu menjana kuasa 14.7hp @ 8,000rpm dan tork 14Nm @6,000rpm.

Sistem suspensi dikawal fork teleskopik untuk roda depan dan dwi absorber di belakang. Sistem brek pula menggunakan unit cakera untuk kedua-dua roda, dan turut dilengkapkan dengan ciri keselamatan Sistem Brek Bersepadu (UBS) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

BACA >>> Young Machine Dedah Lakaran Yamaha Tricity 250, Lagi Jentera Roda Tiga Diperkenalkan

GALERI

SUMBER: Yamaha-motor.co.jp

Related

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Leaning Multi-Wheel (LMW), LMW, roda2, skuter, Yamaha, Yamaha Japan, Yamaha Tricity 155

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my