• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha Jepun Lancar Warna Baharu untuk NMAX Lama

Yamaha Jepun Lancar Warna Baharu untuk NMAX Lama

April 24, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

189
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA Januari lalu kami ada siarkan artikel mengapa Yamaha Indonesia masih menjual NMAX lama walaupun model baharu sudah dilancarkan. Jawapannya, permintaan masih tinggi untuk model itu dan peralihan akan dibuat beransur-ansur.

BACA >>> Inilah Jawapan Yamaha Indonesia Kenapa Masih Keluarkan NMAX Lama?

Terbaharu kami dikejutkan dengan pengumuman Yamaha Japan yang melancarkan NMAX lama berwarna baharu, Matt Dark Purplish Blue Metallic 5 (biru kusam). Bagaimanapun itu ialah model skuter 125cc, dpanggil NMAX atau NMAX ABS yang dilancarkan sebagai model 2020.

Warna baharu itu dipadankan dengan penutup tepi dan bar belakang hitam kusam. Sementara itu warna sedia ada, Matt Gray Metallic (kelabu kusam) dan White Metallic (putih) masih terus ditawarkan kepada pembeli.

NMAX ABS dibina berasaskan DNA dua model, TMAX dan XMAX dengan saiz badan kompak. Model itu direka sebagai motosikal urban untuk pengangkutan dalam bandar. Trenkuasa dijana enjin silinder tunggal 4-lejang 4-injap 124cc SOHC penyejukan cecair berkuasa 10hp @ 7,500rpm dan tork 12Nm @ 7,250rpm.

Skuter ini dihasilkan Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) dan dieksport ke Jepun untuk dijual pada harga 357,500 yen (RM14,450).

Mengenai NMAX 155 (2020) pula, model baharu itu baru saja dilancarkan di Indonesia pada penghujung tahun lalu dengan penampilan yang berbeza berbanding model lama. Perubahan dapat dilihat pada rekabentuk depan, tepi dan belakang. Sekali pandang nampak sama tetapi berbeza.

NMAX 155 (2020) juga didatangkan dengan teknologi Smart Motor Generator (SMG) berserta ciri henti lahu, kawalan traksi dan konektiviti telefon pintar menerusi aplikasi My Yamaha.

BACA >>> Yamaha NMAX 155 (2020) Lancar di Thailand, Harga RM11.4k

GALERI

SUMBER: Yamaha-motor.co.jp

Related

189
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: roda2, Yamaha, Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM), Yamaha Motor, Yamaha NMAX, Yamaha NMAX ABS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my