• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kilang Norton Tidak Pindah ke India, Tiada Rancangan Hasilkan Produk Mampu Milik

Kilang Norton Tidak Pindah ke India, Tiada Rancangan Hasilkan Produk Mampu Milik

April 22, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

44
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

TVS Motor Company (TVS Motor) baru saja membeli Norton Motorcycles dan sejak itu muncul pelbagai spekulasi. Terbaharu, TVS menegaskan tidak akan memindahkan kilang Norton ke India dan produk jenama ikonik British itu akan kekal dikeluarkan di Hinckley.

Norton sekarang menjadi sebahagian pengeluar motosikal ketiga terbesar India. Namun, TVS Motor tiada perancangan memperkenalkan produk Norton mampu milik untuk pasaran India atau Asia Tenggara.

BACA >>> TVS Motor Beli Norton Motorcycles

KILANG NORTON_3
KILANG NORTON_4
KILANG NORTON_2
KILANG NORTON_1

Pengarah Urusan TVS Motor Company, Sudarshan Venu berkata, produk Norton akan terus dikeluarkan di Britain, manakala rekabentuk dan pasukan pengeluaran akan dikekalkan.

"TVS masih mahukan Norton Motorcycle sebagai jenama berbeza daripada pasaran motosikal, tetapi tidak akan mengubah identiti dan membiarkan operasi kilang motosikal Britain tetap berada di sana," katanya.

shakespeare-birthplace-trust
John-Russell

Norton mungkin mengalami banyak perubahan pada tahun mendatang, tetapi TVS Motor kini hanya mahukan Norton kekal survival. Sebagai permulaan, TVS Motors akan menyuntik modal dan dana ke dalam syarikat itu yang akan dipimpin Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sementara, John Russell.

Russell sebelum ini pernah menjadi Timbalan Presiden dan Pengarah Urusan Harley Davidson Eropah bermula 1998 hingga 2007 sebelum menyandang jawatan CEO di syarikat pengeluaran teksi hitam London, Manganese Bronze. Terkini, beliau ialah Naib Pengerusi di organisasi kebajikan bebas, Shakespeare Birthplace Trust.

Beliau akan memilih senarai pasukan pengurusan lengkap untuk Norton. Ibu pejabat pengeluar itu akan dipindahkan dari Donington Hall ke alamat baru di lokasi sama. TVS pula akan cuba memanfaatkan kepakaran daripada pasukan rekabentuk dan kejuruteraan sedia ada untuk mengembalikan Norton sebagai jenama motosikal premium global.

BACA >>> Norton Dedahkan 'V4RR Mini' - Superlight (2019) dengan Ekzos Versi Isle of Man TT

SUMBER: CarAndBike

Related

44
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, beli pegangan saham, John Russell, Norton, Norton Motorcycles, roda2, Shakespeare Birthplace Trust, Sudarshan Venu, TVS, TVS Motor Company

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev