• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pertama dalam Sejarah, Harga Minyak Mentah AS Jatuh bawah AS$0!

Pertama dalam Sejarah, Harga Minyak Mentah AS Jatuh bawah AS$0!

April 21, 2020 By Han Othman Leave a Comment

3.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BUAT kali pertama dalam sejarah, harga minyak mentah Amerika Syarikat (AS) jatuh ke bawah paras AS$0, iaitu ke paras -AS$37.65 setong pada lewat Isnin.

Ini menyaksikan pedagang menjual minyak mentah untuk disimpan berikutan kekurangan tempat simpanan di AS. Harga minyak mentah AS jatuh 306 peratus untuk kontrak penghantaran pada Mei. Bagaimanapun, harga minyak mentah Brent pula jatuh 9 peratus kepada sekitar AS$25 (kira-kira RM110) setong.

Pasaran AS menggunakan WTI sebagai penanda aras harga minyak mentah, sebaliknya banyak negara dunia menggunakan Brent sebagai penanda aras untuk kira-kira dua per tiga daripada kontrak minyak dunia. Pada masa sama, data ekonomi Jerman dan Jepun menunjukkan kemerosotan ekonomi global.

Harga minyak global mencatatkan penurunan akibat permintaan lemah berikutan perintah kuarantin dan kawalan pergerakan yang dikuatkuaskan banyak negara dunia dalam usaha mengekang penularan Covid-19, termasuk mengehadkan pengangkutan udara.

Sebelum ini, pertubuhan negara-negara pengeluar minyak, OPEC bersetuju memotong sekitar 9.7 juta tong sehari bermula 1 Mei ini. Sehingga kini, harga minyak mentah Brent jatuh kira-kira 60 peratus sejak awal tahun ini, manakala minyak mentah AS jatuh sekitar 85 peratus sejak awal tahun ini.

Harga minyak mentah di AS kini jauh rendah daripada harga pulang modal, sekali gus menyebabkan kerja-kerja carigali dan perbelanjaan syarikat minyak di negara itu dihentikan

SUMBER: AstroAwani

Related

3.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Brent, Covid-19, Harga Minyak Amerika Jatuh, Harga Minyak Mentah Jatuh, Minyak Mentah, WTI

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my