SELEPAS beberapa kali tertangguh, akhirnya PROTON Perdana baharu diperkenalkan secara rasmi dan sudah pun berada di semua pusat pameran PROTON.
PROTON Perdana baharu ditawarkan dalam dua varian berbeza iaitu 2.0L dan 2.4L, serta dijual pada harga RM113,888 (2.0L) dan RM138,888 (2.4L).
Bagi mereka yang terlepas membaca artikel pagi tadi, anda boleh baca semula pautan >>> 6 Fakta & Foto Menarik PROTON Perdana Baharu (2016) Yang Buat Anda Angkat Kening.
Bagi membuatkan anda terus teruja dan geram, PanduLaju sediakan 50 foto menarik PROTON Perdana Baharu yang akan membuatkan anda terliur melihatnya. Pesanan kami, jangan tidak tidur malam pula selepas tengok gambar PROTON Perdana baharu ini.
Kalau masih tidak puas, kami syorkan anda pergi ke mana-mana pusat pameran PROTON untuk menatap model sedan saiz pertengahan ini lebih dekat. Jangan lupa pandu uji sekali !!!
Leave a Reply