• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Serah 8,000 Pelindung Muka Kepada Petugas Barisan Hadapan

Proton Serah 8,000 Pelindung Muka Kepada Petugas Barisan Hadapan

April 20, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

169
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROTON mula menghantar kumpulan pertama pelindung muka sebanyak 8,000 unit pada 16 April lalu ke hospital-hospital di Kelantan dan seterusnya negeri Pantai Timur lain.

Kilang Proton Shah Alam, yang tidak beroperasi sejak 18 Mac lalu kerana mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kini dimanfaatkan sepenuhnya untuk aktiviti pemasangan pelindung muka membabitkan 50 kakitangan pengeluar nasional itu.

Dianggarkan 3,000 unit pelindung muka dihasilkan sehari dan Proton menjangka aktiviti itu mengambil masa kira-kira 20 hari untuk menghasilkan 60,000 unit pelindung muka seperti dijanjikan.  Rekabentuk asal pelindung muka disumbangkan tenaga kerja dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Proses dimulakan dengan merekabentuk dan menguji prototaip serta mendapatkan maklum balas pengguna untuk memastikan produk akhir memenuhi keperluan ditetapkan. Pada masa sama, pasukan projek perlu mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk menghasilkan peralatan tersebut secara selamat dan cekap bagi memenuhi protokol kesihatan Covid-19.

BACA >>> Aston Martin Pun Buat Sut PPE untuk Petugas Barisan Hadapan UK

Proses pemasangan pelindung muka itu turut dibantu komuniti pembekal seperti Pos Logistics Sdn Bhd yang menyumbang lebih 2,000 kotak bungkusan pelindung muka selain memudahkan proses pemindahan.

Selain itu, pembekal komponen automotif, Hicom-Teck See Manufacturing Malaysia Sdn Bhd turut serta menyumbang 1.5 tan polipropilena, iaitu salah satu komponen utama bampar kenderaan yang digunakan untuk menghasilkan frem pelindung muka.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Covid-19 Buat Banyak Kilang Automotif Tutup Operasi?

Related

169
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Bantuan Covid-19, Covid-19, Hicom-Teck See Manufacturing Malaysia Sdn Bhd, Pos Logistics Sdn Bhd, Proton, Proton Holdings Bhd, topeng muka, topeng pelindung muka, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my