ADA APA PROTON PERDANA BAHARU?
Dibina oleh PROTON melalui kerjasama strategik bersama Honda Japan Ltd di bawah inisiatif perkongsian platform, PROTON Perdana baharu ini dipertingkatkan dari segi pengendalian kereta dan keselesaan. PROTON juga membuat penambahbaikan dari segi estetik dan aerodinamik untuk memenuhi keperluan pasaran semasa.
1. HARGA KOMPETITIF
2. PRESTASI TERBUKTI
- PROTON Perdana 2.0 - SOHC 4 silinder 16 injap; 154hp; 189Nm
- PROTON Perdana 2.4 - DOHC 4 silinder 16 injap; 178hp; 222Nm
3. REKABENTUK EKSKLUSIF
Menonjolkan ciri berkelas tinggi dan eksklusif serta anggun. Rekabentuk luaran tampil aerodinamik bersama gril sayap yang menjadi signatur PROTON tersendiri. Gaya PROTON Perdana baharu ini diserlahkan lagi menerusi lampu utama projektor HID, kombinasi lampu belakang LED, penyaman udara dua zon, dan sensor parkir kereta depan dan belakang berserta kamera undur. Ini termasuk ciri-ciri lain yang menjadikan kereta ini seronok dipandu.
Menjengah bahagian kabin pula, ruangan dalaman diperhalusi dengan kerusi multi-kontur, dan ruang kaki dan kepala yang luas.
4. CIRI KESELAMATAN DAN HIBURAN OPTIMUM
Selain rekabentuk menawan, Perdana baharu ini juga menitik beratkan aspek keselamatan. Sistem suspensi depan menggunakan jenis wishbone independen berganda untuk meningkatkan daya cengkaman dan kestabilan lebih baik apabila membrek.
Tidak kurang juga ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif bagi memastikan perlindungan optimum kepada pemandu dan penumpang. Anda juga pasti teruja dengan sistem navigasi GPS dan infotainment yang ditawarkan PROTON Perdana baharu ini yang pasti menjanjikan perjalanan lebih selesa dan meyakinkan.
5. WARNA
- Ruby Red (merah)
- Sterling Silver (perak)
- Graphite Grey (kelabu)
- Cotton White (putih)
- Midnight Black (hitam)
- Citrine Gold (emas)
6. TEMPAH SEKARANG
PROTON Perdana baharu dapat dilihat di bilik pameran PROTON Edar seluruh negara dan boleh ditempah dengan deposit serendah RM1,000. Jangan lupa juga pandu uji model baharu ini di bilik-bilik pameran PROTON terpilih. Anda bnoleh hubungi Talian Khidmat Pelanggan di 1 800 888 398 untuk maklumat lanjut mengenai cawangan PROTON terdekat untuk memandu uji Perdana generasi ke-4 baharu!
Jangan lepaskan peluang ini!!
BACA >>> PROTON Perdana Edisi Limousine – Hanya ada 5 Unit di Malaysia
zah says
Ada satu gambar di atas side mirror sebelah warna merah, sebelah lagi warna hitam ^^
safwan says
Accord