• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KP Kesihatan: Tiada Penghantar Makanan Malaysia Positif Covid-19

KP Kesihatan: Tiada Penghantar Makanan Malaysia Positif Covid-19

April 18, 2020 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) masih belum mengesan sebarang kes positif Covid-19 dalam kalangan penghantar makanan di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Bagaimanapun, mereka yang terlibat dalam perkhidmatan itu perlu melakukan langkah pencegahan seperti menjalani ujian saringan di klinik kesihatan atau klinik swasta bagi memastikan mereka bebas virus tersebut.

"Bagi mereka yang berdaftar, menjadi tanggungjawab syarikat menanggung kos ujian saringan. Bagi mereka yang tidak berdaftar mereka digalakkan tampil ke klinik kesihatan KKM atau swasta bagi memastikan mereka sihat untuk menjalankan tugas.

"Ini kerana kita melihat mereka ini sebagai golongan yang berisiko terdedah kepada virus ini," katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 di Putrajaya, semalam.

BACA >>> Selangor Buka e-Bazar Ramadan dengan Kerjasama Grab

Pada Jumaat lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua pekerja penghantar makanan yang berkhidmat dengan syarikat e-hailing atau dilakukan secara individu perlu menjalani saringan kesihatan sebelum dibenarkan beroperasi sepanjang Ramadan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.

Terdahulu, ada laporan media luar negara mendakwa seorang penghantar piza di Delhi, India disahkan positif Covid-19, tetapi masih meneruskan kerja walaupun menunjukkan simptom dijangkiti virus itu selama 20 hari.

Dr Noor Hisham berkata, KKM juga mencadangkan golongan penghantar makanan diwajibkan menjalani saringan kesihatan seperti pengendali makanan sekarang ini.

KKM juga sedang meneliti garis panduan wakil rakyat yang mahu turun padang bagi menyampaikan bantuan kepada penduduk kawasan mereka. Perkara itu akan turut dibincang dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Ini bagi memastikan semua pergerakan akan mematuhi langkah pencegahan seperti jarakan sosial dan sebagainya," katanya.

BACA >>> Rider Foodpanda Kini Dapat Caruman Perkeso

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Covid-19, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Foodpand, GrabFood, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), KKM, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Penghantar Makanan, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Rider

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev