• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bos Kawasaki Indonesia: 170kmj Masih Rendah untuk Kawasaki Ninja ZX-25R

Bos Kawasaki Indonesia: 170kmj Masih Rendah untuk Kawasaki Ninja ZX-25R

April 19, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

8.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI Ninja ZX-25R mampu menjana kuasa lebih 45hp, paling tinggi dalam segmen sport 250cc di Indonesia dan mungkin di dunia, kata Ketua Jualan dan Promosi Kawasaki Motor Indonesia (KMI), Michael C Tanadhi (foto atas) dalam satu temu bual atas talian yang dimuat naik YouTube, Otomotif TV.

Michael tidak mendedahkan secara tepat angka kuasa sportbike tersebut, tetapi memberikan bayangan kelajuan 170kmj itu cuma satu angka yang masih rendah berbanding kelajuan maksimum sebenar ZX-25R.

Menurutnya, KMI sudah merancang mengadakan sesi tunggang uji ZX25-R di Litar Sentul, termasuk mengumumkan harga model itu pada acara Kawasaki Bike Week 2020 pada 4 April lalu. Namun wabak Covid-19 menyebabkan semua rancangan terpaksa ditunda.

BACA >>> Kawasaki Ninja ZX-25R Akan Muncul di Indonesia 4 April Nanti?

KMI tidak bercadang membuat pelancaran secara atas talian kerana ZX-25R ialah model sportbike signifikan untuk Kawasaki dan peminat jenama itu.n

Mengenai komponen pembuatan ZX-25R, Michael mendakwa ia membabitkan kerjasama beberapa negara pembekal. Buat masa ini ada tiga negara pertama yang akan menerima kehadiran model ini, iaitu Indonesia, Jepun dan Thailand.

Nampaknya, peminat Malaysia perlu lebih bersabar lebih lama untuk menyambut ketibaan ZX-25R. Mungkin selepas kemelut 'siapa jual dan siapa edar' jenama Kawasaki di Malaysia diselesaikan. Modenas atau Kawasaki Motors Malaysia (KMM)?

BACA >>> Rim Kawasaki Ninja ZX-25R Versi Lumba Buatan Indonesia?

SUMBER: TMCBlog | Otomotifnet

Related

8.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kawasaki, Kawasaki Motor Indonesia (KMI), Kawasaki Ninja ZX-25R, Michael C Tanadhi, roda2, sportbike, sportbike 250cc, Sportbike Suku Liter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev