• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KPDNHEP: Kedai Dobi, Elektrik, dan Barangan Logam Boleh Operasi Sepanjang PKP

KPDNHEP: Kedai Dobi, Elektrik, dan Barangan Logam Boleh Operasi Sepanjang PKP

April 17, 2020 By Azhan O Leave a Comment

532
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hari ini mengumumkan tiga subsektor tambahan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Ketiga yang berakhir 28 April ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, tiga subsektor berkenaan terdiri daripada:

  • Kedai barangan logam
  • Kedai barangan elektrik dan elektronik (tidak termasuk kedai peralatan telekomunikasi dan peralatan ICT)
  • Perkhidmatan dobi penuh

Alexander berkata, semua permohonan bagi subsektor tambahan tersebut mesti dikemukakan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) secara atas talian menerusi pautan permohonan ini: www.miti.gov.my.

"Hanya permohonan yang menepati syarat Prosedur Operasi Standard (SOP) dan lengkap sahaja akan dipertimbangkan. Permohonan yang diterima selain melalui portal tersebut tidak akan diproses," katanya.

Alexander berkata, syarikat di bawah subsektor tambahan itu yang mahu mengemukakan permohonan mesti memastikan lokasi operasi syarikat bukan dalam zon merah dan kuning, atau dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

BACA >>> Kedai Gunting Rambut, Cermin Mata, Salun Kecantikan Tidak Boleh Operasi!

TERTAKLUK KEPADA SYARAT MKN

Menurutnya, kebenaran beroperasi juga tertakluk kepada pematuhan syarat ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan garis panduan oleh lain-lain agensi penguatkuasaan yang berkaitan dari semasa ke semasa.

"Kegagalan syarikat untuk berbuat demikian boleh mengakibatkan kebenaran beroperasi dibatalkan serta-merta," katanya.

Bagaimanapun, bagi syarikat yang menjalankan aktiviti rantaian pembekalan makanan, e-dagang dan perkhidmatan pengedaran yang sudah menerima pengesahan kebenaran KPDNHEP pada sebelum atau  14 April lalu tidak perlu mengemukakan permohonan baharu dan boleh meneruskan operasi sepanjang tempoh PKP berkuat kuasa.

Ini kerana surat kelulusan yang sudah dikeluarkan sebelum ini masih berkuat kuasa dan terpakai.

Bagi permohonan aktiviti rantaian pembekalan makanan, e-dagang dan perkhidmatan logistik yang sudah dikemukakan kepada KPDNHEP sebelum ini, teta[i masih belum menerima pengesahan kebenaran untuk beroperasi, boleh membuat permohonan baharu secara atas talian menerusi laman web www.miti.gov.my.

BACA >>> Pesara Boleh Hilang Pencen Kalau Masuk Jel Ingkar PKP (Walaupun Sehari)

SUMBER: Bernama

Related

532
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Alexander Nanta Linggi, Kedai Barangan Logam, Kedai Dobi Penuh, Kedai Elektrik dan Elektronik, Kementerian Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • TPAD Desak MOT Segerakan Tindakan Terhadap 21 Tuntutan Industri e-Hailing
    TPAD Desak MOT Segerakan Tindakan Terhadap 21 Tuntutan Industri e-Hailing
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev