WAKIL pengedar rasmi Ducati di Malaysia, Next Bike Sdn Bhd (Next Bike) hari ini mengesahkan kejadian banjir kilat di bilik pameran Ducati Malaysia Petaling Jaya semalam, tetapi masih belum menilai situasi yang berlaku.
Namun, pelanggan tidak perlu bimbang kerana keadaan masih terkawal dan tiada kecederaan dilaporkan. Justeru menjadi keutamaan Next Bike untuk menjaga kepentingan dan keyakinan pelanggan, kakitangan dan orang awam dalam menghadapi situasi tidak dijangka ini.
BACA >>> Ducati Buka Pusat Jualan Kedua Terbesar Asia Tenggara di PJ
Bagi memastikan ketenangan minda pemilik, Next Bike mengambil inisiatif menghubungi pemilik bagi memaklumkan kondisi motosikal masing-masing yang berada di pusat jualan tersebut. Pelanggan juga dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dan menyebarkan maklumat tidak tepat yang boleh menyebabkan kekeliruan tentang situasi sebenar.
Next Bike akan mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi e-mel: [email protected].
GALERI
SUMBER FOTO: FBRescueBencanaMalaysia
Leave a Reply