• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Remaja Tinggal Mayat Kekasih di Garaj Mengaku Salah Ingkar PKP

Remaja Tinggal Mayat Kekasih di Garaj Mengaku Salah Ingkar PKP

April 16, 2020 By Han Othman Leave a Comment

180
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


Seorang pelajar lelaki tingkatan lima yang menghantar dan meletakkan mayat kekasihnya di garaj rumah keluarga mangsa pada Ahad lalu mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Rompin atas kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tertuduh mengaku bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Azizah Ahmad. Dia didakwa melakukan kesalahan bergerak dari Felda Keratong 5 iaitu satu kawasan tempat jangkitan di Kilometer 127 Jalan Kuantan–Seremban, pada 12 April lalu lebih kurang jam 3 pagi.

BACA >>> Pasangan Kekasih Terlanggar Kerbau, Mayat Teman Wanita Dibiarkan di Garaj

Pertuduhan dibuat mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang boleh dihukum di bawah Peraturan 11(1) peraturan sama.

Jika dapati bersalah, tertuduh boleh dihukum denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurhalimatun Saadiah Abdullah, manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Deniel Roslan.

Mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM300 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan iaitu tertuduh melaporkan diri di balai polis terdekat sementara menunggu tarikh sebutan semula kes pada 11 Jun ini.

Sebutan semula kes adalah bagi membolehkan mahkamah mendapatkan laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tertuduh yang dibawah umur, sebelum menjatuhkan hukuman.

Remaja lelaki itu dilaporkan panik selepas mendapati teman wanitanya itu tidak sedarkan diri selepas mereka berdua terbabit kemalangan dengan seekor kerbau pada jam kira-kira 3 pagi. Dia kemudian menghantar pulang  dan meninggalkan mayat kekasihnya di garaj rumah keluarga mangsa di Felda Keratong 10 Rompin.

BACA >>> Pesara Boleh Hilang Pencen Kalau Masuk Jel Ingkar PKP (Walaupun Sehari)

SUMBER: AstroAwani

Related

180
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Ingkar PKP, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP, Remaja Tinggal Mayat Kekasih

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev