• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki Burgman 200 (2020) Perkenal Warna Baharu di Jepun

Suzuki Burgman 200 (2020) Perkenal Warna Baharu di Jepun

April 16, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

144
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI Motorcycle mendedahkan skuter maksi Burgman 200 untuk pasaran Jepun dengan mengemas kini skema warna baharu dan harga dikekalkan 485,000 yen (RM19,62o).

Burgman 200 masih mengekalkan warna sedia ada, iaitu Matte Fibroin Grey Metallic (kelabu), Matte Black Metallic (hitam) dan Brilliant White (putih), manakala Grey (kelabu) dan Black Metallic (hitam) sudah dihentikan. Bagi model 2020 ini, Suzuki menambah warna Matte Platinum Silver Metallic (perak) dan Titan Black (hitam).

BACA >>> Suzuki Burgman 400 (2019) Lancar di Thailand, CBU dari Jepun

Burgman 200 menampilkan lampu depan kembar sporty, visor angin lebih tinggi, pelana lebih lebar untuk keselesaan tunggangan jarak jauh, kompartmen depan lebih lapang, dan soket DC 12V. Nisbah ukuran ideal membolehkan Suzuki menyediakan ruang simpanan bawah pelana yang luas berkapasiti 41 liter.

Skuter seberat 163kg ini dipadankan rim 13 inci  di depan dan 12 inci di belakang, manakala sistem henti menggunakan unit brek cakera kembar 240mm di depan dan belakang yang dilengkapkan bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran. Bahagian suspensipula menggunakan fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang.

BACA >>> Regulasi Euro5 Punca Suzuki Burgman Henti Jualan di Eropah Hujung Tahun Ini

GALERI

Related

144
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: roda2, skuter maksi, skuter Suzuki, Suzuki, Suzuki Burgman, Suzuki Burgman 200, Warna Baharu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my