• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Akrapovic Bangunkan Ekzos Khas untuk CBR1000RR-R Fireblade Baharu

Akrapovic Bangunkan Ekzos Khas untuk CBR1000RR-R Fireblade Baharu

April 15, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AKRAPOVIC dan Honda Motor Corporation (HRC) bekerjasama membangunkan ekzos khas untuk superbike perdana CBR1000RR-R Fireblade (2020) jenis sistem penuh (full system) yang dinamakan Evolution Line Kit (Titanium). Ekzos baharu tersebut akan ditawarkan bersama kit lumba rasmi, HRC Race Kit.

Asas pembangunan ekzos itu dicetuskan Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Honda Motor Corporation yang mensasarkan pelumba dan pasukan lumba yang menggunakan jentera CBR1000RR-R Fireblade sebagai jentera trek di bawah regulasi perlumbaan. Jadi ekzos ini memang dibangunkan eksklusif untuk kegunaan jentera Honda jenis fokus trek terbaharu.

BACA >>> 10 Fakta Pantas: Honda CBR1000RR-R Fireblade SP Baharu, 215hp, 113Nm!

Segala spesifikasi seperti salur, diameter, kedudukan dan ciri lain adalah direka khas untuk memenuhi perincian CBR1000RR-R Fireblade yang melibat pasukan pakar Akrapovic.

Ia dibina daripada aloi titanium ringan dengan komponen kompleks yang ditempa dalam kilang khas Akrapovic, iaitu satu-satunya kilang tempa ekzos di dunia. Ini bermakna Evolution Line Kit (Titanium) ialah ekzos sistem penuh dibikin khas sepenuhnya dengan perincian yang tiada pada mana-mana produk aftermarket biasa untuk jentera trek.

Setiap empat header yang menghubungkan sistem ke enjin ditempa dalam kilang dan dibentuk untuk mencapai konfigurasi optimum bagi memastikan pemasangan sempurna. Penggunaan material ringan menyumbang kepada berat kurang daripada 5kg. Prestasi optimum dicapai menerusi hantaran respons terotel sempurna menerusi julat rev enjin 1000cc.

BACA >>> Akrapovic Perkenal Ekzos Klasik untuk Model Triumph

GALERI

SUMBER: DriveMag

Related

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: akrapovic, Akrapovic Evolution Line Kit, aksesori, ekzos, ekzos Akrapovic, Ekzos Sistem Penuh, Evolution Line Kit (Titanium), Full System Exhaust, Honda, Honda CBR1000RR Fireblade (2020), Honda CBR1000RR-R Fireblade SP (2020), roda2, superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my