• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Kenapa Pelumba Profesional Julur, Goyang Kaki di Selekoh?

#TahukahAnda: Kenapa Pelumba Profesional Julur, Goyang Kaki di Selekoh?

April 14, 2020 By Aryon 1 Comment

11.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YOUTUBE Sylvain Guintoli kini menjadi antara saluran media sosial pilihan ramai dalam kalangan peminat permotoran yang mahu mengetahui pelbagai maklumat, tip dan fakta mengenai dunia motosikal, terutama dunia perlumban.

Dalam entri terbaharu, juara Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) dan penunggang uji Suzuki MotoGP itu mendedahkan teori tentang aksi pelumba motosikal profesional menjulur sambil menggoyangkan kaki (leg dangle) ketika membrek sebelum melayan selekoh.

Asal usul teknik julur dan goyang kaki itu sepatutnya dikreditkan kepada legenda hidup Valentino Rossi sebagai pelumba pertama yang menggunakannya. Atau lebih tepat lagi, beliau adalah pelumba yang berjaya mengeksploitasi dan memperhalusi teknik tersebut untuk mendapatkan kesan hebat pada tahap tertinggi.

BACA >>> Maregalli: Dua atau Tiga Perlumbaan Sudah Cukup Tentukan Masa Depan Rossi

Sejak itu, ramai pelumba lain mula meniru, tetapi apakah sebenarnya manfaat teknik tersebut yang biasanya dilakukan ketika seseorang pelumba itu membrek di selekoh?

Ini bukan kali pertama penjelasan dibuat tentang teknik 'leg dangle', tetapi apa dihuraikan Guintoli kali ini lebih mudah dan munasabah. Menurutnya, teknik menggoyangkan kaki adalah cara mengalihkan imbangan jentera kembali kepada pelumba supaya dia mendapat lebih kawalan tentang bagaimana jenteranya bertindak balas ketika membrek.

Secara pantas, kesan daripada teknik julur dan goyang kaki itu adalah dapat merendahkan pusat graviti motosikal dan mengalihkan lebihan berat ke belakang supaya jentera dapat berhenti lebih stabil. Ia juga menambah baik posisi badan dan menetapkan kedudukan pelumba yang sangat berguna ketika cuba memotong lawan di zon membrek.

Paling diingati adalah detik Rossi memintas Sete Gibernau pada aksi di GP Jerez pada 2005.

SUMBER: VisorDown

Related

11.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Leg Dangle, MotoGP, roda2, Sylvain Guintoli, tahukah anda, Valentino Rossi, videotomotif, VR46, YouTube

Comments

  1. Zairi Idris says

    April 19, 2020 at 8:07 PM

    Adaptation from motocross techniques

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev