• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Z-Scooter - Segway dari Sepanyol dengan Bateri Tesla dan Gaya Vespa

Z-Scooter - Segway dari Sepanyol dengan Bateri Tesla dan Gaya Vespa

April 13, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

241
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INI bukan model Vespa Primavera generasi baharu buatan Itali, tetapi Z-Scooter, iaitu segway elektrik yang dihasilkan syarikat Bel & Bel dari Barcelona, Sepanyol dengan menggabungkan elemen rekabentuk vintaj Vespa.

Segway ialah jenis kenderaan bermotor dua roda peribadi imbang sendiri yang biasanya digunakan untuk pergerakan jarak dekat sama ada untuk bersiar-siar, pergi ke pejabat atau beriadah.

Tanpa mengetepikan aspek rekabentuk sebenar, Bel & Bel mendakwa pembuatan produk itu adalah hasil ilham Corradino Duscanio, iaitu individu yang bertanggungjawab menghasilkan prototaip Vespa Paperino pada 1945.

Z-Scooter (26)
Z-Scooter (28)
Z-Scooter (30)
Z-Scooter (33)

Z-Scooter dihasilkan sebagai tribut kepada kepada legasi senibina Vespa. Bagaimanapun, pembinaan model berkenaan lebih menumpukan kepada tunggangan santai yang mana ia mampu bergerak pada kelajuan maksimum 20kmj, manakala jarak perjalanan sejauh 35km.

xiaomi-ninebot-hoverboard
xiaomi-logo

Bel & Bel menggunakan NineBot Hoverboard, iaitu segway mini keluaran Xiaomi sebagai asas binaan dan penggerak utama Z-Scooter.  Jadi, pemilik boleh memuat turun aplikasi Ninedroid ke dalam telefon pintar Android atau Apple untuk menggunakan fungsi kawalan jauh, diagnosis atas talian, tetapan semula dan beberapa sistem bantuan lain.

Segway ini menggunakan bateri litium-ion Tesla Model S, iaitu 50 peratus lebih kuat berbanding pek bateri biasa. Harga pula €5,950 (RM28,080) dengan waranti dua tahun, dan pembeli boleh memilih warna dan grafik mengikut cita rasa peribadi.

SPESIFIKASI

  • BERAT: 25kg
  • LEBAR: 60sm
  • TEMPOH CAS PANTAS: 3-4 jam
  • APLIKASI BLUETOOTH: Apple & Android
  • BERAT MAKSIMUM: 100kg
  • KELAJUAN MAKSIMUM: 20kmj
  • SUDUT MIRING MAKSIMUM: 20°
  • JARAK TUNGGANGAN: 25-30km
  • BATERI: 55V/450Wh
  • MOTOR: 2 unit

GALERI
Z-Scooter (18)
Z-Scooter (19)
Z-Scooter (32)
Z-Scooter (31)
Z-Scooter (17)
Z-Scooter (39)
Z-Scooter (35)
Z-Scooter (36)
Z-Scooter (34)
Z-Scooter (37)
Z-Scooter (40)
Z-Scooter (23)
Z-Scooter (20)
Z-Scooter (21)
Z-Scooter (24)
Z-Scooter (26)
Z-Scooter (27)
Z-Scooter (28)
Z-Scooter (30)
Z-Scooter (33)

Sumber : Z-Scooter | BikeNews

Related

241
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Bel & Bel, Corradino Duscanio, roda2, Segway, skuter, skuter elektrik, Vespa, Vespa Primavera

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev