• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #RetroAuto: Vauxhall Lotus Carlton 3.6L Twin Turbo Pernah Jadi Sedan Terpantas Dunia

#RetroAuto: Vauxhall Lotus Carlton 3.6L Twin Turbo Pernah Jadi Sedan Terpantas Dunia

April 16, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

447
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBELUM ini kami ada kongsikan kisah kereta pertama Vauxhall dengan kuasa hanya 5hp. Ia permulaan menarik buat pengeluar yang bermula dengan pembuatan pam dan enjin jentera laut.

Walaupun tidak termasuk dalam senarai pengeluar Eropah berstatus gah, misalnya seperti Volkswagen, tetapi jenama ini masih mampu menghasilkan model menggagumkan. Antara contoh model tersebut ialah Lotus Carlton dengan kelajuan maksimum 283kmj!

BACA >>> #RetroAuto: Vauxhall 1903 - Kereta 4 Kerusi Berkuasa 5hp yang Berusia 117 Tahun

Model keluaran 1989 ini dikatakan sedan 4-pintu paling laju dunia pada masa itu. Tetapi kenapa pula ada nama Lotus pada model tersebut?

LOTUS DI BAWAH GM

Begini, bermula Januari 1986 hingga Ogos 1993, Group Lotus berada di bawah pemilikan General Motors (GM) yang turut memiliki Vauxhall. Lotus Carlton pula dinaik taraf daripada Vauxhall Omega yang dilengkapi ciri hebat. Model itu dipacu enjin GM 6-silinder sebaris bersesaran 3,615cc dengan tambahan turbo kembar Garrett T25 dan intercooler kembar penyejukan cecair.

Hasilnya adalah produk menggagumkan, iaitu sedan berkuasa 377bhp dan tork 568Nm! Malah, kuasa pecutan dihasilkan mampu mengalahkan Ferrari Testa Rossa, manakala pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 5.4 saat dengan gear satu boleh dipecut hingga 89kmj!

Sudah namanya Lotus, aspek pengendalian dirombak sepenuhnya dengan membangunkan semula set suspensi yang dipinjam daripada Opel Senator, termasuk komponen stereng kuasa. Tayar Goodyear Eagle yang digunakan pula memiliki kompaun sama seperti Lotus Esprit Turbo SE, manakala sistem brek depan menggunakan kaliper 4-piston AP dan 2-piston di belakang.

Hanya 286 unit Lotus Carlton dijual di Britain dengan pengeluaran pertama dikeluarkan dari kilang Lotus di Hethel, England. Harga yang perlu dibayar untuk memiliki sedan ini ialah £48,000 (RM260,460), semestinya nilai premium walaupun mengambil kira matawang hari ini.

BACA >>> Audi RS6 Avant - Definisi Sebenar Wagon Prestasi Tinggi (598hp, 800Nm)!

Jom kita tengok top speed kereta ni...

GALERI
1993-Vauxhall-Lotus-Carlton-289507
1993-Vauxhall-Lotus-Carlton-289515
1993-Vauxhall-Lotus-Carlton-8
1993-Vauxhall-Lotus-Carlton-5
1993-Vauxhall-Lotus-Carlton-6
1993-Vauxhall-Lotus-Carlton-7
Vauxhall Lotus Carlton
1993-Vauxhall-Lotus-Carlton-289519
1993-Vauxhall-Lotus-Carlton-290067
1993-Vauxhall-Lotus-Carlton-290070
1993-Vauxhall-Lotus-Carlton-4
1993-Vauxhall-Lotus-Carlton-1
1993-Vauxhall-Lotus-Carlton-3
1993-Vauxhall-Lotus-Carlton-2

Related

447
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: General Motors, Lotus, Lotus Carlton, Retro Auto, Roda4, Sedan, Vauxhall, Vauxhall Lotus Carlton

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev