PUSAT servis kenderaan, kedai gunting rambut, dan dobi adalah antara beberapa sektor perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi bermula tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Ketiga ini.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan menambah sembilan lagi sektor ekonomi untuk beroperasi secara berperingkat dengan garis panduan penjagaan kesihatan ditetapkan.
Syarikat yang tersenarai dalam sektor itu boleh membuat permohonan operasi kepada MITI bermula 13 April ini (Isnin), bermula jam 9 pagi. Semua permohonan mesti dibuat secara atas talian menerusi laman web www.miti.gov.my.
Hanya permohonan yang menepati syarat lengkap sahaja akan diproses.
BACA >>> PM: Kes Covid-19 Malaysia Terkawal, Kematian 1.6%, Positif 7%, Sembuh 43%
SEKTOR TAMBAHAN DIBENARKAN BEROPERASI SEPANJANG PKP
- Industri automotif (terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya - CBU, peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan)
- Industri mesin dan peralatan
- Industri aeroangkasa
- Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar (hanya terhad kepada registered Traditional and Complementary Medicine or TCM practitioners)
- Perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik dan kedai cermin mata sahaja dalam pemborongan dan peruncitan
- Perkhidmatan gunting rambut asas (gunting sahaja)
- Perkhidmatan dobi (servis penuh dan bukan layan diri)
- Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) - terhad kepada perkhidmatan berkaitan guaman; perkhidmatan berkaitan minyak dan gas; aktiviti R&D berkaitan Covid-19; makmal ujian bagi sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja.
- Projek pembinaan dan perkhidmatan berkaitan pembinaan
- Projek di mana Kontraktor G1–G2 sebagai kontraktor utama
- Projek yang disahkan mencapai kemajuan fizikal 90 peratus ke atas
- Kerja-kerja terowong
- Kerja-kerja penyelenggaraan
- Kerja-kerja cerun
- Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak
- Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain haiwan perosak
- Kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan bahaya
- Projek bangunan dengan skor 70 IBS ke atas
- Projek pembinaan dengan fasiliti/kemudahan tempat tinggal untuk pekerja seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja
- Perkhidmatan profesional terlibat dalam industri pembinaan seperti arkitek, jurutera perancang bandar, juru ukur tanah, juru ukur bahan, pengurus projek, pengurus fasiliti dan lain-lain
Chandran says
Klau niaga pasar malam bila bole operasi)
Devanni says
Pusat cuci kereta boleh buka?
badrul says
pusat cuci kereta boleh beroperasi ke?
BENNETH ERO says
Hello Boss
Kedai Dody boleh buka tiap tiap hari kah ?
Abang GYL says
Dobi boleh, tapi bukan layan diri.
Nantini Ramasamy says
Kedai jahit kain boleh buka ke?
andy says
kalau kedai dobi nak bukak kena apply ape2 x..ke boleh bukan terus je mcm tu
Abang GYL says
Bermula Isnin boleh buka tanpa memohon
Wanitha Ganesan says
Kedai jahit boleh buka tak?
Abang GYL says
Boleh
Roy says
Kedai gunting rambut boleh buka tak??
Abang GYL says
Belum boleh buka lagi. Itu berita terdahulu sebelum kerajaan tarik balik
Mohamman says
Bengkel Body&Paint bole buka ke???
Alice says
Kedai urut blm ke
Abang GYL says
Belum
Appu says
Kedai gunting rambut boleh buka x
Abang GYL says
Tidak
Ravi says
Car wash boleh buka ke tak?
Abang GYL says
Ya boleh
Hafiz says
Gym belum boleh lagi ke?
Ken says
Gym sudah dibuka?
Puspa says
Prayers items shop???
syam RG says
tuan
kedai cuci kereta boleh beroperasi ke?
engkuf says
Tuan,
Saya mempunyai kedai cucian kereta disalah satu Hypermarket. Bolehkah saya beroperasi disebabkan keperluan untuk membayar sewa dan gaji pekerja.
kulanthavell says
kedai cuci lorry puspakaom blh buka ke
AO says
Ini kebenaran lama, bukan PKP 2.0
Barber says
Hi, saya dari masa depan. nak cakap, kedai gunting rambut akan dibuka 🙂
-BarberAreaJohor