BERDASARKAN situasi semasa, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dapat membantu petugas kesihatan mengawal penularan Covid-19 kepada tahap lebih stabil.
Menurut unjuran dibuat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), PKP yang dilaksanakan dalam tempoh hampir sebulan lalu banyak mengurangkan kebolehjangkitan dan penularan Covid-19. Dengan pendekatan dilakukan, kes positif wabak tersebut terkawal pada kadar 7 peratus, di bawah penanda aras 10 peratus seperti ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
BACA >>> PM: PKP Lanjut Dua Minggu Lagi Sampai 28 April!
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata;
Kadar kematian akibat wabak juga rendah, iaitu 1.6 peratus berbanding 5.8 peratus kadar kematian peringkat dunia. Setakat ini seramai 1,830 pesakit keluar hospital. Ini bermakna 43 peratus pesakit Covid-19 pulih.
"Hari ini saja jumlah pesakit pulih 220 orang, melebihi jumlah kes positif baharu 118 kes. Jumlah kes positif baharu juga menunjukkan penurunan sejak beberapa hari lalu. Jika trend penurunan ini berterusan untuk tempoh dua minggu akan datang, insya-Allah kita akan dapat mengawal wabak Covid-19 daripada menular."
BACA >>> Jaga-Jaga, Abang JPJ Pun Ada Jaga PKP!
Selain itu, Muhyiddin juga menjelaskan rakyat akan menjalani kehidupan dengan norma baharu, iaitu apa yang biasa dibuat dahulu, tetapi tidak boleh dibuat lagi buat masa sekarang. Beliau berkata;
Contoh mudah, berjabat tangan. Kalau dulu berjabat tangan bila berjumpa adalah perkara biasa dibuat. Kalau tak dibuat ia dianggap janggal, atau tak beradab. Tetapi sekarang ini lain. Kita tak boleh berjabat tangan bila berjumpa untuk mengelakkan jangkitan virus. Mungkin kita tunduk sahaja sebagai tanda hormat.
"Begitu juga perkara yang kita tak biasa buat sebelum ini seperti basuh tangan. Sekarang dan untuk masa yang akan datang kita mesti biasakan membasuh tangan dengan lebih kerap. Gunakan sabun, hand sanitizer dan sebagainya. Juga memakai face mask."
Leave a Reply