PENDUDUK Damansara dan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dinasihatkan supaya memberi kerjasama dan memahami situasi semasa kes Covid-19 dengan tidak keluar dan merentasi sempadan tempat tinggal masing-masing.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal kesal kerana masih ada penduduk dari TTDI pergi membeli belah di pasar raya Tesco Mutiara Damansara atas alasan sudah biasa ke kawasan itu.
Beliau berkata, ada penduduk TTDI datang membeli-belah di Tesco Mutiara Damansara. Jadi, polis menyarankan mereka supaya beli saja di kawasan terdekat kerana kes positif di TTDI adalah lebih rendah berbanding Mutiara Damansara.
Harap penduduk TTDI, Damansara Heights dan Bukit Damansara faham situasi dan elak masuk kawasan ini.
“Malah pelik, ada juga penduduk Mutiara Damansara ingin ke pasar sini dengan alasan Tesco tidak siang (bersih perut) ikan, di pasar ada siang ikan. Maka, saya nasihatkan encik tolong beli ikan dan sianglah ikan itu sendiri. Mereka faham dan akhirnya patah balik,” katanya.
BACA >>> Covid-19: Thailand Sekat Pergerakan Rentas Wilayah, Kes Meningkat Seperti Malaysia
SUMBER: MalaysiagGazette
Leave a Reply