GOCAR Malaysia dan Shell Malaysia bekerjasama memudahkan pergerakan petugas barisan hadapan dengan menyediakan kemudahan pengangkutan dan minyak percuma sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada mereka yang bertungkus-lumus memerangi penularan wabak Covid-19.
Bermula 14 April ini, GoCar menawarkan kemudahan sewa percuma 200 unit Nissan Almera di 127 stesen Shell seluruh Semenanjung Malaysia, manakala Shell menyediakan baucar RM30 percuma kepada petugas barisan hadapan bahagian kesihatan buat masa ini.
BACA >>> GoCar Malaysia, ERL Jalin Kerjasama Tawar Pilihan Pengangkutan KLIA/KLIA2
Inisiatif ini bertujuan membantu doktor, jururawat, ahli farmasi, juruteknik makmal dan kakitangan pentadbiran bergerak lebih mudah dan selamat dari tempat tinggal mereka ke hospital, klinik, dan pusat kuarantin. Pendaftaran boleh dibuat melalui laman web GoCar untuk pengesahan status kakitangan kesihatan atas talian.
Kemudian, pendaftar akan menerima kod promo GoCar bernilai RM483 yang boleh digunakan untuk menempah Almera diikuti e-baucar Shell RM30 yang dihantar melalui e-mel.
Selain itu, Shell juga melaksanakan beberapa langkah keselamatan dan garis panduan pencegahan seperti sanitisasi setiap jam, jarak sosial serta menjejaki dan memantau kesihatan semua kakitangan stesen itu di seluruh negara.
BACA >>> Penunggang Rebah di Shell Batu Caves Sah Positif Arak, Bukan Covid-19
Leave a Reply