APRILIA khabarnya sedang menyiapkan model advencer 250cc, dipanggil Terra 250. Berita terbaharu itu muncul selepas tersebar imej intip dengan menunjukkan rekabentuk model tersebut yang tidak jauh berbeza berbanding Terra 125 dan 150cc. Dua model adik itu sudah terlebih dulu memasuki pasaran China dan Eropah.
Berdasarkan foto didedahkan Newmotor, ada beberapa perubahan dilakukan seperti posisi paip ekzos, spesifikasi rim depan dan lain-lain. Motor itu dikatakan bakal dipacu enjin silinder tunggal 250cc penyejukan air. Enjin tersebut juga pernah dilihat dipasangkan pada GPR 250 yang muncul pada Pameran Motor Chongqing.
Terra ialah produk sportbike advencer (ADV) pertama dilancarkan Zongshen Aprilia di China yang diperkenalkan kepada pelanggan negara itu dengan enjin 125cc pada 2016 sebelum ditambah varian enjin 150cc.
Terra 150 boleh dikatakan salah satu model ADV aras mula di China, tetapi promosi yang kurang rancak dan ditambah pula berharga mahal, ia kurang hangat di pasaran. Jadi model 250cc ini diharapkan dapat menyelesaikan masalah berkenaan.
BACA >>> Aprilia Lancar Sportbike 150cc Baharu?
Terra 250 menggunakan suspensi fork teleskopik di depan dengan travel panjang, manakala absorber belakang jenis monoshock. Ciri lain motosikal ini ialah rim 21 inci, jarak kelegaan tanah tinggi, casis twin spar dan paruh burung di depan seperti jentera dirtbike.
Enjin GPR 250 yang digunakan mampu menghasilkan kuasa 26.1hp dan tork 22Nm.
BACA >>> Nissan Terra Masuk Asean (RM113k), Tetapi Malaysia Tiada dalam Senarai Pasaran
Leave a Reply