• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / 6 Barang Wajib Ada Bersama Kerusi Kereta Bayi

6 Barang Wajib Ada Bersama Kerusi Kereta Bayi

June 13, 2016 By Azhan O Leave a Comment

148
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBAGAI ibu bapa, terutama yang baru menimang cahaya mata, sudah jadi perkara biasa untuk memastikan bayi anda memiliki apa saja yang diperlukannya untuk gembira, selamat dan sihat sepanjang masa.

Walaupun tidak mampu membawa semua aksesori bayi ke mana-mana saja, tetapi ada beberapa perkara penting yang sepatutnya disediakan bersama kerusi kereta bayi. Tujuannya adalah untuk membuatkan perjalanan anda dan si kecil lebih mudah, selesa dan selamat.

Ada enam barang yang perlu anda sediakan seperti di bawah ini:

BACA >>> 6 Tip Pilih Kerusi Bayi yang Baik untuk Kereta Anda?

1. PENANGGAL KOTORAN KARPET

penanggal-kotoran-karpet
penanggal-kotoran-fabrik-kereta

Bayi boleh jadi comot dan sukar dijangka. Anda tidak tahu bilakah lampin perlu ditukar segera atau dia rasa tidak selesa dalam kereta. Pelindung kotoran menghalang kotoran pada karpet kenderaan dan menjadikan tugas mencuci lebih mudah.

2. CAWAN HIRUP

cawan-hirup
cawan-hirup-bayi

Sebelum anda mengetahuinya, bayi anda cukup dewasa untuk memerlukan cawan untuk minum semasa anda memandu. Cawan hirup memiliki pemegang yang mudah digenggam jari kecil bayi dan direka untuk tidak tumpah atau melimpah sekiranya si kecil mencampak atau terjatuhkannya.

3. PELINDUNG KERUSI

pelindung-kerusi
pelindung-kerusi-kereta

Kerusi kereta bayi mempunyai pinggir solid yang boleh merosakkan uplhosteri kenderaan. Pelindung kerusi memberikan lapisan penebal untuk menjaga kondisi kerusi anda.

4. KAIN LAP BAYI / TISU BASAH

Car door
baby-wipes-tisu-basah

Kain lap bayi atau tisu basah (baby wipes) asas adalah berguna untuk membersihkan sisa pada permukaan dalam kereta, termasuk mengelap kerusi kereta. Bersama pelindung kotoran karpet, ia membantu menghalang kotoran kekal daripada makanan atau sebatian lain..

5. VISOR TINGKAP / CERMIN GELAP

visor-tingkap-bayi
penggelap-tingkap

Pendedahan berterusan kepada cahaya matahari boleh menjejaskan kulit dan mata bayi anda. Filem cermin gelap adalah cara berkesan untuk mengurangkan silau dan menjaga si kecil dengan selamat dalam kerusi kereta. Menggelapkan tingkap juga membantu mengekalkan suhu sejuk dalam kereta semasa cuaca panas tanpa perlu menguatkan penyaman udara yang mungkin kurang baik untuk bayi anda.

6. PELAPIK BUT GETAH

pelapik-but-getah
pelapik-getah-2

Pelapik getah melindungi karpet fabrik di bahagian belakang kenderaan supaya anda boleh menyimpan stroler dan barang lain yang berpotensi kotor tanpa merosakkan fabrik. Pelapik getah ini boleh dicuci semudah membilas dengan air tanpa perlu menggunakan penanggal kotoran khas untuk karpet.

BACA >>> Pemasangan Kerusi Kanak-Kanak Wajib Mulai 2020


Dengan kerusi kereta bayi terbaik untuk keselamatan, dan aksesori untuk menguruskan kerenah yang menjadi sebahagian daripada kehidupan keibubapaan, kereta anda kini memiliki segala yang diperlukan untuk membuatkan perjalanan pemanduan anda bersama si kecil kekal selamat dan mudah.

Jangan lupa muat turun infografik di bawah ini sebagai panduan. 😊

SUMBER: ProctoCars.com

Related

148
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: aksesori wajib ada bersama kerusi kereta bayi, baby car seat, kereta mesra bayi, kerusi kereta bayi, tip automobil

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev