• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Covid-19: Dorna Umum Pakej Sokongan Kewangan untuk Pasukan MotoGP

Covid-19: Dorna Umum Pakej Sokongan Kewangan untuk Pasukan MotoGP

April 8, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


DORNA mengumumkan pakej sokongan kewangan kepada pasukan MotoGP yang mana pasukan independan (atau satelit) akan menerima bantuan tunai selama tempoh tiga bulan untuk April, Mei dan Jun. Bantuan sama turut turut diberikan kepada pasukan Moto2 dan Moto3.

Walaupun tiada jumlah amaun disebut dalam siaran akhbar, SpanishDailyAS.com melaporkan setiap pasukan persendirian Petronas Yamaha, Red Bull KTM Tech3, Reale Avintia Ducati, Pramac Ducati, LCR Honda, dan Gresini Aprilia akan menerima €250,000 (RM1,179,124) sebulan tanpa mengira ada perlumbaan atau sebaliknya.

BACA >>> Covid-19: Rossi Lancar Kutipan Dana untuk Bantu Hospital Itali

Suzuki Ecstar MotoGP_3
livery-repsol-honda-motogp-2020-bg
MotoGP Ducati

Setiap pelumba Moto2 dan Moto3 dilaporkan mendapat bantuan tunai €25,000 (RM117,912) seperti dimaklumkan sebelum ini, tetapi tidak dinyatakan sokongan kewangan itu termasuk pasukan atau berasingan.

Disebabkan kejuaraan tidak dapat dilangsungkan disebabkan penularan wabak Covid-19, Dorna mengharapkan bantuan diberikan mencukupi untuk menjamin survival setiap pasukan dan pelumba. Menurut Dorna, pakej bantuan kewangan itu mendapat sokongan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) kumpulan pelabur, Bridgepoint Capital dan CPPIB (dana pencen Kanada yang juga pemegang saham dalam Dorna).

BACA >>> Kronologi Impak Covid-19 Terhadap Industri Automotif dan Sukan Permotoran

hafizh-syahrin-motogp-germany-2019
barisan-pelumba-motogp-2019-5
2018-MotoGP-Qatar-Marquez-Dovizioso-Zarco

Apa dilakukan Dorna itu pastinya rasional dan bersebab kerana tanpa pasukan, kejuaraan MotoGP itu sendiri tidak dapat dijalankan. Jika Dorna tidak dapat bertahan, sudah tentu pengendali rasmi itu akan kehilangan sebahagian besar pelabur utamanya.

Setakat ini, pengumuman hanya membabitkan padok MotoGP dan Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK). Adakah pasukan WSBK juga akan mendapat bantuan kewangan daripada Dorna?

BACA >>> Ezpeleta: MotoGP 2020 Mungkin Batal Jika Situasi Covid-19 Tidak Reda

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2020 MotoGP, Dorna, Dorna Sports, Kejuaraan Dunia MotoGP, Moto2, Moto3, pakej sokongan kewangan, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev