• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Covid-19: Status PKP Fasa Kedua Diketahui Jumaat Ini?

Covid-19: Status PKP Fasa Kedua Diketahui Jumaat Ini?

April 8, 2020 By Azhan O Leave a Comment

FacebookTwitter


STATUS Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas tamat tempoh sepatutnya pada 14 April nanti akan diketahui dalam tempoh 72 jam  yang mana Kerajaan dijangka membuat pengumuman pada Jumaat ini.

Kerajaan menguatkuasakan PKP sejak 18 Mac lalu dan hari ini memasuki 22 hari dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan virus Covid-19 yang melanda negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia mencatatkan 69 kes sporadik Covid-19 setakat ini, iaitu kes yang tidak diketahui asal usul dan punca jangkitan.

BACA >>> Korea Selatan Beri Pek Penjagaan Diri, Makanan untuk Rakyat Jalani Kuarantin Covid-19

JENAYAH MENURUN, OPERASI NYAH CEMAR DILAKSANA

DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB
operasi-nyah-cemar

Sementara itu, ada 170 kes baharu Covid-19 dengan satu kematian setakat 12 tengah hari semalam, menjadikan jumlah kes positif 3,963 kes membabitkan keseluruhan 63 kematian.

Apa yang boleh dibanggakan, indeks jenayah seluruh negara menurun 70 peratus sepanjang tempoh PKP, tetapi tangkapan individu ingkar PKP seluruh negara hingga semalam mencecah 6,451 orang.

Menyentuh mengenai operasi sanitasi awam Covid-19, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melakukan 666 operasi sanitasi di 79 zon termasuk semua 18 Zon Merah.

Dalam tempoh itu, bangunan kerajaan dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) turut dinyah cemar termasuk 24,077 unit rumah PPR.

Pastinya operasi itu penting kerana terdapat satu lagi lokasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), yang terbaharu bangunan Malayan Mansion dan Selangor Mansion. Kerajaan sebelum ini melaksanakan PKPD di tiga kawasan iaitu Simpang Renggam, Kluang (Johor); Sungai Lui, Hulu Langat (Selangor), dan Menara City One, Jalan Munshi Abdullah (Kuala Lumpur).

RAKYAT, KORPORAT HULUR SUMBANGAN

naza-group-sumbang-tabung-covid19-bg
Perodua Covid-19_1

Rakyat dan syarikat korporat turut bersama Kerajaan membantu membendung penularan wabak menerusi sumbangan kepada Tabung Covid-19 yang kini mencecah RM22.6 juta untuk disalurkan kepada pihak berkenaan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui status di laman Facebook berkata, setakat Isnin lalu, sejumlah RM5.68 juta dana daripada tabung itu disalurkan kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bagi tujuan pembelian barangan keperluan harian untuk disumbangkan kepada mereka yang terjejas akibat wabak tersebut.

Muhyiddin berkata, sebanyak RM195,000 disalurkan atas nama Bayaran Ihsan Kematian kepada 39 waris mangsa jangkitan Covid-19.

Tabung Covid-19 dilancarkan 11 Mac lalu sebagai usaha Kerajaan membantu rakyat yang terjejas akibat wabak berkenaan.

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Covid-19, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Tan Sri Muhyiddin Yassin, Yayasan Kebajikan Negara (YKN)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
    PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
  • GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
    GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev