• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PM Guna Analogi Semalaysia, Berapakah Madam Lee, Haji Salleh dan Surjit Kaur Dapat?

PM Guna Analogi Semalaysia, Berapakah Madam Lee, Haji Salleh dan Surjit Kaur Dapat?

April 6, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

127
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SAMA seperti ucapan terdahulu , Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi menggunakan analogi realistik mengenai manfaat yang dapat diterima golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.

Dalam Pakej PRIHATIN PKS di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Muhyiddin menggunakan tiga contoh perniagaan yang berbeza kapasiti pekerja dan operasi bagi memudahkan pemahaman.

BACA >>> PRIHATIN: Berapakah Banyak Makcik Kiah Dapat Bantuan, Jimat Sepanjang PKP?

1. LEE BEAUTY SALOON

salun-rambut-1
salun-rambut-2

Lee Beauty Saloon ialah PKS mikro yang terlibat dalam sektor perniagaan dandanan rambut yang memiliki dua pekerja bergaji bawah RM4,000. Madam Lee layak mendapat:

  • Madam Lee dapat memanfaatkan Subsidi Upah untuk tiga bulan: RM7,200 (RM1,200 * 2 pekerja)
  • Madam Lee boleh mendapatkan geran mikro: RM3,000
  • JUMLAH manfaat diterima: RM10,200

2. RESTORAN MI KOLOK HAJI SALLEH

mi-kolok-sarawak-1
mi-kolok-sarawak-2

Restoran Mi Kolok Haji Salleh di Kuching Sarawak yang memiliki lima pekerja tempatan bergaji bawah RM4,000 dan dua pekerja asing. Dia layak mendapat:

  • Pinjaman kredit mikro BSN: RM50,000
  • Subsidi Upah: RM18,000 (RM1,200 * 5 pekerja)
  • Dapat penjimatan menerusi pengecualian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF): RM8,400
  • Penangguhan cukai: RM5,200
  • Diskaun levi pekerja asing: RM2,300
  • Diskaun bil elektrik: RM300
  • JUMLAH manfaat diterima (tidak termasuk pinjaman kredit mikro): RM34,200 (tempoh 3 bulan)

3. SYARIKAT SURJIT KAUR SDN BHD

kedai-perabot-1
kedai-perabot-2

Syarikat Surjit Kaur Sdn Bhd pula ialah syarikat kecil dalam sektor pembuatan perabot yang memiliki lima pekerja tempatan bergaji bawah RM4,000, 10 pekerja asing, dan selebihnya pekerja tempatan bergaji lebih RM4,000.

Syarikat Surjit Kaur layak mendapat:

  • Pinjaman Special Relief Facility (SRF): RM500,000
  • Subsidi upah: RM18,000
  • Penjimatan melalui pengecualian KWSP dan HRDF: RM8,400
  • Diskaun levi pekerja asing: RM4,600
  • Tangguhan cukai PKP Mikro: RM32,700
  • Diskaun bil elektrik: RM100
  • JUMLAH manfaat diterima (tidak termasuk pinjaman SRF): RM63,800

BACA >>> PRIHATIN: Pekerja PKS Gaji Bawah RM4k Dapat Subsidi Upah Maksimum RM1,200 Sebulan!

Related

127
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PRIHATIN, PRIHATIN PKS, Prihatin PKS Tambahan, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev