BAJAJ kini cuba menaik taraf semua barisan produk Pulsar dalam usaha mematuhi standard piawaian emisi BS6, dan salah satu daripada model itu ialah Pulsar NS200.
Pulsar NS200 BS6 dilancarkan pada harga 124,006 rupee (RM7,07o), iaitu lebih mahal 11,000 rupee (RM627) daripada produk sama standard BS4. Namun, apa yang perlu diketahui, bayaran tambahan itu membolehkan pembeli mendapatkan prestasi enjin lebih berkuasa berbanding model terdahulu.
Pulsar NS200 BS6 dipacu enjin 4-injap silinder tunggal 199.5cc SOHC penyejukan cecair berkuasa 24.5bhp @ 9,750rpm dan tork 18.6Nm @ 8,000rpm, berbanding angka kuasa lama, 23.2bhp dan tork 18.3Nm. Kelajuan maksimum pula ialah 136kmj, manakala kapasiti tangki 12 liter.
BACA >>> Modenas Perkenal Pulsar NS200 ABS, Harga RM9,655 Sahaja
Selain itu, Pulsar NS200 BS6 ini juga kini menggunakan teknologi sistem suntikan bahan api (FI) bagi menggantikan sistem karburator versi BS4, sekali gus menambah baik prestasi streetbike ini. Bagaimanapun, kotak gear klac manual 6-kelajuan dikekalkan.
Sistem brek juga masih sama, jenis cakera petal apung 280mm di depan dan 230mm di belakang untuk kedua-dua roda, dan begitu juga sistem suspensi, fork teleskopik di depan dan monoshock Nitrox Mono di belakang.
Bajaj memilih mengekalkan aspek rekabentuk asal Pulsar NS200 BS6 seperti model terdahulu dengan lampu utama kompak dan fasia agresif, mirip generasi lama Honda CB1000R Hornet. Karakter lain seperti tangki minyak berlekuk tajam dan ekor gaya tipikal streetfighter juga dipelihara.
Pulsar NS200 BS6 didatangkan dengan empat pilihan warna: Graphite Black (hitam), Mirage White (putih), Wild Red (merah) dan Fiery Yellow (kuning). Model ini nampaknya akan bersaing secara langsung dengan TVS Apache RTR 200 4V, yang juga model buatan India.
BACA >>> Perbandingan: Spesifikasi Benelli 150S (2019) vs Modenas Pulsar NS200
SUMBER: BikeWale
Poji says
Tapi model ni kuat guna petrol