• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Semua ATM MEPS Tiada Caj RM1 Bermula 6 April Ini

Semua ATM MEPS Tiada Caj RM1 Bermula 6 April Ini

April 3, 2020 By Han Othman Leave a Comment

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN hari ini mengumumkan pengecualian caj RM1 untuk semua institusi perbankan dan PayNet bagi setiap pengeluaran di mesin ATM yang menggunakan rangkaian MEPS.

Sebelum itu, Maybank terlebih dahulu mengumumkan tiada caj RM1 untuk semua mesin teler automatik (ATM) bank tersebut.

BACA >>> Tiada Caj RM1 untuk Pengeluaran Tunai Antara Bank di ATM Maybank Sepanjang PKP

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengecualian caj tersebut bermula 6 April ini hingga berakhir tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kerajaan melalui Kementerian Kewangan meminta institusi perbankan mengecualikan caj RM1 bagi pengeluaran di ATM menggunakan rangkaian MEPS. Ini kerana kita difahamkan sehingga sekarang ramai pengguna bank masih menggunakan khidmat juruwang kerana isu ATM yang mengenakan caj bagi setiap pengeluaran.

"Ini akan memberikan rakyat Malaysia kemudahan untuk mengeluarkan wang di mesin ATM terdekat tanpa dikenakan apa-apa caj dan tidak perlu lagi berpusu-pusu ke bank untuk keluarkan wang. Namun, orang ramai dinasihatkan untuk mengamalkan penjarakan sosial," katanya.

Ismail turut menggalakkan orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan perbankan atas talian bagi urusan harian bagi mengurangkan pergerakan.

BACA >>> #FAQ: Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank Akibat Covid-19

Related

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ATM, Auto Terkini, Covid-19, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Keselamatan), Mesin ATM, Mesin Teler Automatik (ATM), Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP, PKP Fasa Kedua, Tiada Caj RM1 ATM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my