PERODUA menyumbang RM2 juta kepada Tabung Covid-19, termasuk menderma 150 tilam, 200 bantal, 105 kotak air mineral, 15 kipas industri dan 300 pasang kasut getah kepada Hospital Sungai Buloh untuk membantu menguruskan wabak.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, perjuangan menentang Covid-19 adalah tanggungjawab dipikul semua dan sumbangan bekalan dan tunai Perodua adalah sebahagian usaha berterusan untuk membantu Malaysia pulih secepat mungkin.
BACA >>> Naza Group Salur Sumbangan RM1.25 Juta untuk Tabung Covid-19
Kami berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia terhadap langkah yang diambil dan Perodua bersama seluruh rakyat Malaysia, berharap pandemik ini akan selesai dalam masa terdekat dengan bilangan kes dan kematian minimum.
“Kami mengarahkan semua kakitangan, pembekal automotif tempatan dan pengedar sah kami untuk memberi tumpuan kepada keperluan dan kebajikan kakitangan mereka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain memantau kesan wabak ke atas ekosistem kami, serta memastikan gaji, faedah kerja dan pekerjaan warga Perodua terjaga," katanya.
Leave a Reply