• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mazda CX-30, MX-30 Raih Anugerah Red Dot: Product Design 2020

Mazda CX-30, MX-30 Raih Anugerah Red Dot: Product Design 2020

April 2, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

119
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MAZDA meraih dua anugerah Red Dot: Product Design 2020 menerusi model kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak CX-30 dan kereta elektrik pertama jenama itu, MX-30.

Pengiktirafan itu menambahkan lagi trofi kemenangan di bawah falsafah rekabentuk Kodo: Soul of Motion, yang juga anugerah kelapan dan kesembilan Red Dot diterima Mazda selain Mazda3 (2019), MX-5 RF (2017), MX-5 soft top, CX-3 dan Mazda2 (2015), Mazda3 (2014) dan Mazda6 (2013).

MAZDA CX-30
MAZDA MX-30

Pengarah Rekabentuk Eropah Mazda, Jo Stenuit berkata, sentuhan rekabentuk Jepun sentiasa menghargai kesederhanaan dan ini memberikan ilham kepada pereka Mazda untuk melakukan kemasan semula dengan menghasilkan sesuatu yang dinamik tetapi elegan.

"Inilah cara kami menerima nilai estetika Jepun untuk menghasilkan emosi pergerakan kereta," katanya.

Ketua Rekabentuk MX-30, Youichi Matsuda berkata, pendekatan yang digunakan dalam menghasilkan rekabentuk asal adalah membabitkan pengembangan ekspresif Kodo.

"Seperti mana Mazda memulakan era perubahan besar, kami mahu MX-30 menawarkan keseronokan pemanduan sebenar," katanya.

MX-30 buat masa ini hanya dijual di Eropah.

BACA >>> Yamaha Niken Menang Best of the Best dalam Anugerah Red Dot 2019!

Related

119
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anugerah Red Dot, Auto Terkini, Bermaz Auto Sdn Bhd, Jo Stenuit, mazda, Mazda CX-30, Mazda MX-30, Pengarah Reka Bentuk Eropah Mazda, Red Dot: Product Design 2020, Youichi Matsuda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev