• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Presiden Duterte: Boleh Tembak Kalau Tak Nak Berkurung!

Presiden Duterte: Boleh Tembak Kalau Tak Nak Berkurung!

April 2, 2020 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


POLIS dan tentera Filipina diberikan kebenaran untuk melepaskan tembakan jika terdapat individu yang cuba mengganggu pelaksanaan perintah berkurung di negara itu dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Kenyataan itu disampaikan Presiden Filipina Rodrigo Duterte secara langsung di stersen televisyen Filipina, menurut laporan Al Jazeera. Beliau berkata demikian dalam mesej yang disiarkan menerusi stesen televisyen seluruh negara, pada malam Rabu.

“Biar ini jadi amaran kepada semua. Ikuti arahan pihak berkuasa sebab penting untuk kita ikut arahan,” katanya.

Duterte juga mengingatkan rakyat supaya tidak mengganggu tugas pihak berkuasa dalam menangani wabak Covid-19 di negara itu.

“Jangan ganggu pekerja kesihatan, doktor... kerana itu adalah jenayah serius. Arahan saya kepada polis dan tentera, jika ada yang cuba buat onar dan keselamatan mereka tergugat... tembak mati mereka.

“Jangan menakut-nakutkan pihak berkuasa. Jangan cabar Kerajaan. Anda akan kalah,” katanya yang berucap dalam Bahasa Inggeris dan Tagalog.

DUDUK DI RUMAH, PROTES SETINGGAN

Sebelum ini, Manila mengarahkan penduduk supaya berada di rumah dengan mengenakan sekatan pergerakan masuk dan keluar. Bagaimanapun, media tempatan melaporkan masih ada segelintir penduduk setinggan di ibu kota cuba melakukan demonstrasi kerana mendakwa kekurangan bekalan makanan.

Penduduk di Quezon City misalnya melancar melakukan protes di lebuh raya berhampiran kawasan setinggan kerana tidak mendapat bantuan makanan sejak perintah berkurung dikuatkuasakan dua minggu lalu. Walaupun diarahkan supaya bersurai dan pulang ke rumah, tetapi ramai enggan akur hingga memaksa polis menahan 20 orang.

Setakat semalam, Filipina sudah merekodkan 2,311 kes Covid-19 dengan 96 kematian.

SUMBER: HMetro

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Covid-19, Lockdown, Perintah Berkurung, Perintah Berkurung Filipina, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my